web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Jamin Tiada Kenaikan Harga Secara Mendadak - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 10:33AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (tengah) ketika sidang media mengenai penamatan kawalan harga dan subsidi ayam hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga ayam secara mendadak susulan langkah penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa 1 November ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, hal ini memandangkan ketika ini, rata-rata peniaga menjual ayam jauh lebih rendah daripada harga siling ditetapkan sejak Februari 2022 iaitu RM9.40 sekilogram, selain jaminan pembekal bahawa bekalan sumber protein itu mencukupi buat masa ini dan masa hadapan.

“Oleh itu, kalau berlaku pengapungan kita berkeyakinan harganya tidak akan naik mendadak, ia akan stabil, kalau naik mendadak kita akan tanya kenapa, sebab bekalan cukup.

“Yang selalu naik mendadak bila bekalan tidak cukup, sekarang pihak pembekal jamin bahawa bekalan cukup dan kalau tak cukup kita siap sedia bawa dari luar dengan segera,” katanya dalam sidang media penamatan kawalan harga dan subsidi ayam di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohamad berkata rasional penamatan subsidi secara pukal itu adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.
Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak membuat pembelian panik dalam tempoh beberapa hari ini, memandangkan bekalan ayam dijamin mencukupi. 

Ditanya rasional subsidi dan kawalan harga telur masih diteruskan, Mohamad berkata, jika subsidi berkenaan ditamatkan, harga telur dijangka naik lebih kurang 10 sen sebiji. 

“Tapi penternak jamin mereka juga akan mencukupkan telur pada masa akan datang dan kerajaan akan buat pengumuman dari semasa ke semasa,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Mohd Sayuthi Bakar berkata, kerajaan boleh melaksanakan langkah intervensi di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi memastikan ayam dijual pada harga tidak membebankan rakyat. 

“KPDN akan menguatkuasakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan dan sekiranya ada perlakuan melanggar di bawah akta berkenaan tindakan akan diambil,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya harga sudah tidak terkawal dan terlalu membebankan, kerajaan boleh melaksanakan kawalan harga semula sama ada secara bersubsidi atau tidak bersubsidi. 

“Itu mungkin langkah akhir, apa-apa pun kita akan pantau terlebih dahulu mulai 1 November, tapi kita yakin bahawa tidak akan berlaku kenaikan harga ayam secara mendadak.

“Mungkin ada tempat tertentu terutama di pasar raya pengguna boleh mendapatkan harga yang mungkin lebih rendah daripada harga kawalan sebelum ini,” katanya. 

Sebagai langkah intervensi, beliau berkata, KPDN juga merancang melaksanakan lebih 3,600 pusingan Jualan Rahmah di seluruh negara bagi tempoh November hingga Disember ini bagi menjual barangan keperluan rakyat pada kadar lebih rendah iaitu 10 hingga 30 peratus daripada harga pasaran. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Pertahan Harga Barangan Keperluan, Jauh Lebih Rendah Berbanding Dulu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Bersasar Minyak Masak Peket Diperluas Kepada Peniaga Mikro Tahun Depan

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran