web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Bina Lapangan Terbang Baharu Perlu Kelulusan MPFN - Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 4:22PM

Cadangan untuk naik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh juga ada dalam radar Kementerian Pengangkutan. - gambar Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Cadangan pembinaan lapangan terbang baharu perlu dibawa ke perbincangan dan mendapat kelulusan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) terlebih dahulu sebelum sebarang proses merealisasikannya dimulakan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata sebelum ini kerajaan Perak memang ada cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di Seri Iskandar, tetapi ia belum dapat dilaksanakan.

“Pembinaan lapangan terbang baharu perlu proses yang sangat panjang, pertama mesti pergi ke Majlis Perancang Fizikal Negara, kalau tak dapat kelulusan, tak boleh mulakan proses itu,” katanya pada sidang media Konvensyen Tahunan DAP Negeri Perak ke-22 di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi DAP negeri Nga Kor Ming.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berucap pada Konvensyen Tahunan DAP Negeri Perak ke-22, di sini hari ini. - gambar BERNAMA
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berucap pada Konvensyen Tahunan DAP Negeri Perak ke-22, di sini hari ini. - gambar BERNAMA

Sebelum ini, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan.

Loke berkata ketika ini lapangan terbang sedia ada di negara ini perlu ditambah baik dan cadangan untuk menaik taraf terminal Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh juga berada dalam radar kementerian untuk direalisasikan menggunakan kaedah perkongsian awam swasta (PPP).

Menurutnya dengan keadaan kekangan kewangan di peringkat Persekutuan, PPP merupakan kaedah baharu yang boleh dilaksanakan untuk proses naik taraf tersebut.

“Jadi (lapangan terbang) di Ipoh adalah satu daripada yang saya telah dapat cadangan dan surat yang menyatakan mereka (pihak swasta) berminat melabur ke dalamnya,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya Loke berkata beliau telah menemui pihak syarikat penerbangan dari Singapura supaya menambah kekerapan penerbangan ke Ipoh pada musim perayaan berikutan pemeriksaan beliau mendapati tiket penerbangan ke destinasi itu amat laris terutamanya pada hujung minggu.

"Ramai orang Ipoh antaranya dari Simpang Pulai dan Bercham bekerja di Singapura dan pada musim perayaan selalunya penerbangan tidak mencukupi," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad