web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Sambut Baik, Sokong Resolusi UNGA Terhadap Gencatan Senjata Di Gaza

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 8:03AM

Sebanyak 120 negara anggota menyokong resolusi bertajuk "Protection of Civilians and Upholding Legal and Humanitarian Obligations" dan 14 lagi membantah manakala 45 negara mengambil sikap berkecuali. - gambar PBB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia menyambut baik dan menyokong penerimaan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru kepada gencatan senjata segera dan berkekalan antara tentera Israel dan Hamas di Gaza.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat menerima resolusi bertajuk "Protection of Civilians and Upholding Legal and Humanitarian Obligations" dengan 120 undi menyokong, 14 membantah manakala 45 berkecuali.

"Malaysia menyokong dan menjadi penaja bersama resolusi itu, selaras dengan pendirian negara yang tidak berbelah bagi untuk terus menyokong segala usaha antarabangsa dalam mencari penyelesaian adil, berkekalan, komprehensif dan damai terhadap situasi di Palestin.

"Oleh itu, keputusan berkenaan membawa mesej yang jelas dan tegas oleh masyarakat antarabangsa yang menuntut tindakan imperatif terhadap krisis kemanusiaan di Gaza," menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar (Wisma Putra).

Menurut Wisma Putra, perkembangan itu menunjukkan sokongan yang lebih afirmatif daripada masyarakat antarabangsa untuk membuat kemajuan substantif dan jelas dalam menangani krisis kemanusiaan.

"Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) harus menghormati dan bertindak selaras dengan kehendak Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," menurut kenyataan itu.

Sebanyak empat resolusi UNSC mengenai Palestin gagal diluluskan sejak krisis bermula pada 7 Okt.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa Malaysia akan mengambil bahagian secara aktif dalam mesyuarat pleno ESS ke-10 yang dijadual disambung semula pada 31 Okt.

Malaysia mengulangi gesaan terhadap gencatan senjata segera, akses kemanusiaan tanpa halangan, dan menolak sebarang cubaan mengusir rakyat Palestin secara paksa dari tanah air mereka.

"Malaysia berpegang teguh kepada pendirian prinsipnya bahawa rakyat Palestin berhak menubuhkan negara merdeka yang berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara," menurut kenyataan itu.

Malaysia bersama-sama Brunei, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Laos, Maldives, Timor Leste dan Vietnam menyokong permintaan Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menyambung semula ESS ke-10 UNGA di New York pada 26 Okt. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar