Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Treler Bawa Bantuan Palestin Bertolak Ke Al-Arish Selewat-lewatnya Isnin - MCM

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Oct 2023 1:10PM

Barangan makanan yang dimasukkan ke dalam kotak lebih kecil untuk disumbangkan kepada penduduk Palestin terjejas akibat krisis di Gaza ketika ini. - gambar Muslim Care Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Tiga treler membawa barangan perubatan, makanan dan minuman berjumlah US$1.5 juta (RM7.2 juta) yang sebahagiannya disumbangkan oleh rakyat Malaysia untuk warga Palestin, akan bertolak ke sempadan Mesir-Palestin menuju Gaza, selewat-lewatnya Isnin ini.

Ketiga-tiga treler sepanjang 12 meter yang membawa kesemua barangan bantuan itu akan bertolak dari Kaherah ke bandar Al-Arish yang terletak 45 kilometer dari lintasan Rafah yang memisahkan Mesir dan Gaza.

Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) Mohd Johari Ismail berkata kerja-kerja memasukkan barangan bantuan kecemasan itu ke dalam kotak dan dibawa naik ke atas lori mula dilakukan semalam (27 Okt) dibantu oleh sukarelawan MCM yang berada di bandar Kaherah, Mesir sejak 10 hari lepas.

Beliau berkata pihaknya telah membelanjakan lebih RM500,000 untuk pembelian barangan bantuan itu daripada RM1.5 juta yang sudah dibelanjakan untuk bantuan kecemasan Palestin, dan majoriti sumbangan disalurkan terus kepada MCM Palestin di Gaza yang diketuai penduduk tempatan, Ahmad Abu Ayesh.

“Untuk bantuan dari Mesir pula MCM dan Muslim Care Egypt bergabung dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa Miles of Smiles yang berpejabat di London dan turut dianggotai NGO dari United Kingdom, Jordan, Turkiye dan Sweden.

“Antara makanan yang akan dihantar ke Gaza ialah daging, ikan dan kacang dalam tin, tepung gandum, keju, serbuk teh, manisan serta air minuman di dalam botol. Barangan itu dimasukkan ke dalam kotak kecil yang setiap satu seberat lapan kilogram,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Bagi barangan perubatan pula, Mohd Johari memaklumkan antara barangan yang dibawa ialah pembalut luka, kerusi roda, katil, pengusung beroda, tongkat, alat pengimbas serta mesin ECG (elektrokardiogram) untuk rawatan jantung.

Menurutnya, Al-Arish kini menjadi pusat pengumpulan barangan bantuan untuk ke Gaza dan sebuah stadium digunakan bagi tujuan berkenaan.

“Malah, kerajaan Mesir bercadang membuka hospital medan di bandar itu sebelum melonggarkan kawalan pintu sempadan untuk merawat ribuan rakyat Palestin yang cedera," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kemasukan lori membawa bantuan kecemasan ke Gaza masih terhad dan setakat ini, hanya 74 lori yang membawa bantuan makanan dan ubat-ubatan dibenarkan melepasi lintasan Rafah, manakala ratusan lori lagi masih beratur di pintu sempadan menunggu giliran.

Treler yang akan membawa bantuan makanan dan ubat-ubatan serta kelengkapan kesihatan ke Gaza. - gambar Muslim Care Malaysia
Treler yang akan membawa bantuan makanan dan ubat-ubatan serta kelengkapan kesihatan ke Gaza. - gambar Muslim Care Malaysia

Mohd Johari memaklumkan pihak Miles of Smiles turut mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Mesir untuk merancang kerjasama, namun difahamkan petugas mereka juga tidak dibenarkan untuk memasuki Gaza.

“Hanya barangan bantuan dibenarkan. PBSM Mesir juga kini memusatkan operasi dan bantuan kecemasan mereka di Al-Arish," katanya.

Beliau berkata pasukan MCM sedikit kecewa kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Mesir untuk menyertai konvoi tiga treler itu ke Al-Arish, namun tugas dan amanah rakyat Malaysia akan tetap dilaksanakan.

“Insya-Allah selepas kami bertiga pulang pada Sabtu, akan ada pasukan MCM yang menyambung tugas kami untuk fasa berikutnya. Pastinya, fokus kami selepas ini adalah untuk ke Al-Arish dan seterusnya masuk ke Gaza jika mendapat lampu hijau," katanya.

Mohd Johari mengetuai pasukan MCM dalam misi membawa bantuan itu yang turut disertai Setiausaha Agung MCM Ahmad Safuan Ujar dan Exco Media MCM Tuan Asri Tuan Hussein.

Selain itu, pihak-pihak yang turut sama berkolaborasi dengan MCM dalam misi membawa bantuan kecemasan kepada rakyat Palestin dalam perang kali ini ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Perdana Global Peace Foundation (PGPF), Pertubuhan Khidmat Ummah (PKU) dan One Nation.

MCM turut menyertai Op Ihsan dikoordinasikan Wisma Putra dengan gabungan 45 NGO Malaysia membabitkan penghantaran bantuan kecemasan sebanyak 50 tan bernilai RM7 juta dengan menggunakan pesawat udara yang dijadualkan terbang ke Al-Arish pada 3 Nov ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Yang Di-Pertua Dewan Negara Terima Rawatan Lanjut Di HKL

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Cadangan Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung Dibentang Ke Kabinet - PM

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber