web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Bersama OIC, Liga Arab Terus Pantau Keadaan Di Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 5:06PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas menjamu selera di Kedai Makan Ramli Corner di Dengkil, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DENGKIL - Malaysia akan terus bekerjasama dengan Liga Arab dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memantau perkembangan semasa konflik Palestin-Israel, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita sekarang duduk (sedang) bekerjasama dengan OIC dan Liga Arab, tiap-tiap hari ada rundingan perkembangan semasa. 

"Namun, keutamaan kebanyakannya adalah soal kemanusiaan dan menghentikan serangan. Itu keutamaan negara Islam," katanya kepada media ketika ditemui selepas menjamu selera di Kedai Makan Ramli Corner di sini, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya adakah Malaysia akan memboikot Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersama dengan OIC dan Liga Arab, susulan keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menolak resolusi gencatan senjata di kawasan konflik berkenaan yang diusulkan Russia.

Beliau berkata, Malaysia juga tegas dengan pendirian bahawa hak rakyat Palestin mesti dikembalikan, meskipun UNSC gagal mencapai keputusan berhubung tindakan menghentikan peperangan itu.

"Kita tak peduli apa keputusan yang lain, tapi pendirian kita ialah hak rakyat Palestin mesti diberi. Soal tanah dia, harta dia, maruah dia. Yang segera ialah menghentikan serangan dan menyalurkan bantuan kemanusiaan, itu keutamaan kita sekarang.

"Kita terus adakan hubungan dan ambil tindakan bersama (dengan OIC dan Liga Arab), tetapi soal bantuan kemanusiaan, makanan, perubatan, itu kita segerakan dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi beri jaminan bahawa bantuan makanan, sebaik ada dari kerajaan (Malaysia), dia akan segerakan untuk pendaratan di Rafah," katanya.

Media melaporkan UNSC gagal mencapai kata sepakat mengenai resolusi gencatan senjata yang diusulkan oleh Russia.

Pada Persidangan UNSC berhubung konflik yang berlaku di wilayah Palestin itu, PBB melaporkan bahawa kegagalan itu disebabkan usul berkenaan tidak mendapat sokongan sekurang-kurangnya sembilan negara anggota UNSC.

Dalam undian yang dibuat, usul itu hanya diterima oleh empat negara anggota iaitu Russia (pembawa usul), China, Gabon, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Usul itu ditolak oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom, manakala sembilan negara anggota memutuskan untuk berkecuali iaitu Albania, Brazil, Ecuador, France, Ghana, Japan, Malta, Mozambique dan Switzerland.

Mengulas program Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan dakwaan ada kanak-kanak membawa pistol mainan semasa program itu berlangsung di sekolah, Anwar berkata perkara itu perlu dikawal.

"Tadi kita bincang di mesyuarat Kabinet, pertama kita galakkan (penganjuran program), tak paksa semua sekolah. Keduanya kita kena kawal supaya jangan jadi masalah," katanya.

Sementara itu, mengulas dakwaan sebuah syarikat tempatan bahawa harga beras masih tinggi di Malaysia kerana barang keperluan asas itu dimonopoli oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas), Anwar berkata, setakat ini kerajaan dapat memastikan bahawa harga beras import Bernas masih terkawal dan mengikut harga antarabangsa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad