web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Cadang Sertai Sesi Lisan ICJ Februari 2024, Kemuka Kenyataan Isu Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 1:27PM

Penyertaan negara dalam proses mendapatkan pendapat nasihat di ICJ itu melambangkan komitmen negara dalam membantu mencari penyelesaian konflik di Palestin. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia bercadang untuk menyertai sesi lisan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Febuari tahun hadapan bagi mengemukakan kenyataan untuk mendapatkan pendapat nasihat berhubung isu Palestin.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata penyertaan negara dalam proses mendapatkan pendapat nasihat di ICJ itu melambangkan komitmen negara dalam membantu mencari penyelesaian konflik di Palestin.

“Sebelum ini Malaysia telah mengambil bahagian dalam mengemukakan kenyataan bertulis bagi mendapatkan pendapat nasihat berhubung isu Palestin yang diserahkan kepada pendaftar ICJ pada 25 Julai lepas dan kenyataan berkenaan memberi fokus kepada pencabulan hak rakyat Palestin untuk penentuan nasib sendiri oleh Israel.

“Selain penyertaan dalam mengemukakan kenyataan bertulis, Malaysia bercadang untuk menyertai sesi lisan yang dijangka berlangsung pada 19 Feb 2024.

“Penyertaan Malaysia dan beberapa negara lain sepemikiran dalam proses untuk mendapat pendapat nasihat di ICJ berhubung isu Palestin melambangkan komitmen jitu dan berterusan negara dalam membantu mencari penyelesaian konkrit terhadap isu dan konflik di Palestin,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin tahu mengapa kerajaan belum menyatakan pendirian dan tindakan lebih tegas dalam isu konflik di Palestin seperti mendesak agar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli mengenai usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelilingi dunia mendapatkan penyelesaian isu Palestin, Zamry berkata perkara itu adalah pendekatan kali pertama kerana sebelum ini negara hanya banyak mengeluarkan kenyataan bantahan.

“Dalam keadaan situasi yang serius seperti ini kita tak boleh duduk hanya sekadar mengecam atau sekadar menyampaikan bantahan kita tetapi mesti ada langkah lebih mantap, tegas dan membawa seluruh dunia Islam setidaknya dalam konteks OIC untuk bersama menyatakan pendirian kita.

“Lantaran itu, dalam mesyuarat Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN-GCC lalu, perdana menteri ambil kesempatan bersama pemimpin ASEAN dan GCC untuk berinteraksi dengan mereka menyampaikan pendirian Malaysia dan beliau juga ambil kesempatan ke Riyadh, Turkiye dan Kaherah kerana itu adalah negara yang sangat penting dalam menentukan perjuangan kita selanjutnya.

“Setiap pemimpin mempunyai peranan dan dalam konteks perdana menteri, beliau ambil langkah lebih jauh untuk bersama dengan kalangan pemimpin Islam dunia termasuk pemimpin bukan Islam,” katanya.

Ketika Ahmad Fadhli meminta untuk mendedahkan negara yang mengugut Malaysia kerana lantang bersuara berkenaan isu Palestin, Zamry berkata perkara itu lebih baik tidak didedahkan dan menegaskan Malaysia tidak gentar dengan ugutan yang dilemparkan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 2 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad