web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengawal Keselamatan Kondominium Mungkin Sekongkol Sindiket Calling Centre

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 5:12PM

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika bercakap dengan media, hari ini - gambar Polis KL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis tidak menolak kemungkinan terdapat pengawal keselamatan di kondominium mewah di sekitar ibu negara yang bersekongkol dengan sindiket calling centre susulan peningkatan kegiatan berkenaan yang beroperasi di premis itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata 20 serbuan dibuat berkaitan aktiviti itu baru-baru ini dengan kebanyakannya berselindung di premis mewah berkenaan.

“Bagaimana sebuah kondominium mewah boleh membenarkan individu warga asing untuk bebas keluar masuk premis dengan mudah? Kita (orang tempatan) untuk masuk ke premis berkenaan pun sukar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Justeru, Allaudeen berkata polis akan melakukan pemeriksaan terhadap pengawal-pengawal keselamatan kondominium mewah bagi mengesan penglibatan mereka dalam sindiket terbabit.

Beliau turut menyarankan pihak pengurusan kondominium mewah di ibu negara seperti Badan Pengurusan Bersama serta Perbadanan Pengurusan premis untuk lebih mengambil berat berhubung modus operandi penipuan calling centre.

“Kami sedang berusaha untuk bekerjasama dengan pengurusan kondominium dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah sudah digerakkan untuk membanteras sindiket ini habis-habisan,” katanya.

Allaudeen berkata tindakan itu diambil bagi menjaga keharmonian serta memastikan Kuala Lumpur tidak dijadikan sebagai hab utama sindiket itu beroperasi.

Menurutnya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur telah membuat 1,311 serbuan berkaitan jenayah dalam talian sejak Januari hingga September lepas.

Beliau berkata daripada serbuan itu, 71 kertas siasatan dibuka melibatkan penahanan 855 individu berhubung kes penipuan calling centre. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad