web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Tragedi Gunung Cheroh Tidak Pernah Jejak Kaki Semula Selepas Runtuhan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 4:29PM

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak A.Sivanesan (tiga, kiri) bersama waris mangsa runtuhan melempar bunga di batu yang runtuh dari Gunung Cheroh pada Majlis Pengkisahan Sejarah Runtuhan Gunung Cheroh - 50 Tahun Dalam Ingatan di pekarangan gunung itu hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang mangsa runtuhan Gunung Cheroh yang terletak di Jalan Raja Musa Aziz di sini yang berlaku kira-kira 50 tahun lepas tidak pernah menjejakkan kaki ke kawasan itu kerana masih mengenangkan dua ahli keluarganya yang meninggal dunia akibat insiden berkenaan.

Joyah Saad, 61, yang berusia sembilan tahun ketika itu berkata beliau kehilangan bapa dan kakaknya yang sehingga kini masih belum ditemukan jasad mereka akibat tertimbus dalam runtuhan batu.

"Semasa kejadian, keadaan hujan lebat dan rumah kami ditimpa batu serta pokok besar. Akibat kejadian itu, bapa dan kakak saya tidak dapat diselamatkan, tetapi saya dan ibu sempat menyelamatkan diri.

"Selama berbulan-bulan saya asyik menangis dan tidak boleh menjejakkan kaki ke sini. Ini adalah kali pertama saya datang ke sini dan rasa sangat sedih," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pengkisahan Sejarah Runtuhan Gunung Cheroh: 50 Tahun Dalam Ingatan di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A. Sivanesan.

Pada 18 Okt 1973, kejadian runtuhan Gunung Cheroh itu berlaku seminggu sebelum sambutan perayaan Deepavali dan telah meragut nyawa kira-kira 40 orang yang merupakan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, Sivanesan ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata kerajaan negeri akan membina tugu peringatan serta mini galeri khas bagi memperingati sejarah tragedi runtuhan berkenaan.

Beliau berkata tugu peringatan itu akan dibina dengan kos antara RM30,000 hingga RM40,000, manakala kos pembinaan bagi mini galeri masih belum ditentukan.

Dalam perkembangan lain, Sivanesan berkata sebanyak 14 gua batu kapur di sekitar Perak dikenal pasti belum mendapat kelulusan bagi pembinaan rumah ibadat.

Beliau yang mempengerusikan jawatankuasa Rumah Ibadat Gua Batu Kapur berkata kesemua gua batu kapur berkenaan kini sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa sebelum ia diwartakan sebagai rumah ibadat.

"Setakat ini, kita (kerajaan negeri) dalam proses menunggu laporan keselamatan. Jadi selepas kita dapat laporan sepenuhnya, kita akan beri kelulusan.

"Kita hendak pastikan bahawa ciri-ciri keselamatan khasnya di gua batu kapur yang dijadikan sebagai rumah ibadat berada dalam keadaan selamat dan terkawal," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad