web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Tempat Selamat Di Gaza - Pengurus MyCARE Gaza

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 8:32PM

Serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza mengorbankan hampir 4,000 rakyat Palestin dan mencederakan ribuan yang lain. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - "Saudaraku di seluruh dunia. Kami ingin memaklumkan anda, keadaan kami tidak baik," kata Pengurus MyCARE Gaza Dr Ziad Shehada.

Kali terakhir Ziad melaporkan situasinya di Semenanjung Gaza adalah 3 hari lalu.

Beliau berkata dari pagi hingga malam terdapat pergerakan orang ramai di jalanan, sama ada untuk mendapatkan keperluan harian buat keluarga atau mencari tempat selamat.

Beliau juga telah kehabisan petrol dan gas memasak di rumah selain kedai roti utama telah hancur dalam serangan udara terbaru.

"Setiap hari anak-anak saya terpaksa beratur tiga hingga lima jam untuk mendapatkan sebeg roti. Tiada air bersih dan apa yang tinggal adalah air tercemar dan saya sedang mencari air bersih untuk anak saya yang sakit," katanya menerusi video di Facebooknya, semalam.

Ziad menggunakan radio lama milik datuk dan neneknya yang menggunakan bateri biasa untuk mendapatkan perkembangan terkini situasi di situ

Video itu turut memaparkan Ziad terpaksa berhenti bercakap seketika disebabkan oleh bunyi letupan berdekatan dan kemudiannya berkata: "Tiada tempat selamat di Gaza".

Beliau berkata, aktiviti pengeboman memuncak selepas 10 malam hinggalah pagi dengan letupan dan pengeboman berlaku setiap minit.

"Kami fikir inilah situasi terburuk, seperti perang dunia ketiga. Mereka memusnahkan hospital, masjid dan orang awam," katanya.

Ziad turut berbincang dengan pembekal untuk bersiap sedia dengan bekalan keperluan harian terutama apabila sempadan Rafah dibuka, untuk membolehkan orang ramai mendapatkan bantuan segera.

Sementara itu, susulan pengeboman sebuah gereja yang menjadi sasaran terkini Zionis di Semenanjung Gaza malam tadi, seorang aktivis Palestin Abeer Z Barakat berkata: "Ini bukan perang melawan Islam tetapi semua rakyat Palestin, tanpa mengira agama mereka".

Meluahkan perasannya dalam Facebook, beliau berkata, kira-kira 400 penganut Kristian Gaza dan jiran mereka berlindung di gereja ketiga tertua di dunia itu ketika bangunan itu diserang.

"Anda masih fikir ini perang menentang Islam? Atau anda juga memberikan alasan seperti mereka (pengeboman hospital) bahawa gereja adalah perisai manusia?" katanya.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lepas telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad