web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teruskan Solat Hajat, Doa Untuk Rakyat Palestin - Agong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 2:51PM

Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya solat sunat hajat yang diadakan memohon agar bumi Palestin dapat terus dipertahankan khususnya Masjid Al-Aqsa. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia terus mengadakan solat sunat hajat dan berdoa buat rakyat Palestin yang sedang menderita akibat serangan rejim Israel. 

 Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya solat sunat hajat yang diadakan memohon agar bumi Palestin dapat terus dipertahankan khususnya Masjid Al-Aqsa.

Turut berdukacita dengan penderitaan rakyat Palestin, Yang di-Pertuan Agong menitahkan orang ramai agar membantu meringankan beban dialami rakyat negara itu dengan memberi sumbangan termasuk kewangan mengikut kemampuan masing-masing. 

"(Nasib) rakyat Palestin begitu sedih, begitu dukacita, kerajaan rejim Zionis telah menghancurkan ribuan rakyat Palestin.

"Saya harap dan menyeru semua rakyat terus berdoa kepada Allah supaya rakyat Palestin dipelihara, bertahan dan bersemangat tinggi," titah Seri Paduka semasa berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) di Kampung Pahang Tua di sini hari ini.

Turut berangkat paduka anakanda Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Turut hadir ialah Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia Dr Mubarak Saeed Al Dhaheri.

Ru'RASA merupakan bantuan rumah kepada golongan memerlukan yang dibina dengan kerjasama UAE dan untuk hari ini, sebanyak 16 penduduk layak menerima kunci rumah.  - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad