web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kutipan Tabung AAKRP Cecah RM81 Juta, Makin Hampiri Sasaran - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2023 5:23PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (lima, kiri) menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat tempatan pada majlis penyampaian sumbangan kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di Seri Perdana hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kutipan tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar kini berjumlah RM81 juta, menghampiri sasaran RM100 juta, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada majlis penyampaian sumbangan tabung AAKRP di sini hari ini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kutipan besar dalam tempoh masa singkat itu menunjukkan soladiriti Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Beliau memberi jaminan bahawa AAKRP itu akan dipastikan disalur terus untuk perubatan, makanan, minuman serta kemudahan asas untuk rakyat Palestin yang terjejas ketika ini.

“Saya terharu dalam masa singkat dengan dana awal kita dapat kumpul lebih RM80 juta yang akan memenuhi matlamat diumumkan peringkat awal iaitu RM100 juta. Ini menunjukkan keprihatinan dan terima kasih kepda syarikat kerajaan, swasta dan syarikat bukan Islam,” kata beliau.

Tabung AAKRP diwujudkan susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini dengan kerajaan sudah menyumbang RM10 juta dana awal tabung itu. 

Antara penyumbang terbesar untuk AAKRP hari ini adalah Khazanah Nasional Bhd dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu RM15 juta, selain Yayasan Albukhary (RM15 juta) dan YTL Corporation Bhd (RM5 juta).

Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd dan REDtone Digital Bhd masing-masing menyumbang RM1 juta kepada dana itu.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak.

Anwar turut mengingatkan pihak yang mengutip derma untuk rakyat Palestin supaya sentiasa bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan diri masing-masing.

“Saya ingin nasihat rakan-rakan di masjid atau surau kutip wang kena ada tanggungjawab dan ia perlu diurus dengan cekap. Jangan ambil kesempatan bina mahligai masing-masing.

“Badan sukarela jangan belanja begitu tinggi untuk keindahan pejabat, dana ini untuk bantuan kemanusiaan,” kata beliau.

Perdana Menteri turut menyeru rakyat Malaysia supaya menyumbang mengikut saluran yang betul bagi mengelak wang disumbang disalah guna pihak tidak bertanggungjawab

“Ini isu perikemanusian, penyaluran (dana) itu baik (perlu) lebih telus dan lebih bertanggungjawab dalam penyaluran,” kata beliau.

Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad