web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-kanak Tercampak: Polis Kesan Pemilik Kenderaan, Mangsa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 5:10PM

Kejadian petang semalam sempat dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan dari arah bertentangan. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU — Polis Kelantan sedang mengesan pemilik kenderaan berhubung kes kanak-kanak tecampak dari sebuah kenderaan dalam kejadian di lampu isyarat berdekatan Jalan Sultan Yahya Petra pada 5.42 petang, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata insiden berkenaan dipercayai akibat kegagalan pemandu kereta yang dinaiki kanak-kanak itu untuk memastikan pintu penumpang sebelah kiri ditutup kemas serta tidak memastikan kanak-kanak berkenaan memakai tali pinggang keledar.

"Kami dalam usaha mengesan kenderaan yang terlibat serta kanak-kanak itu dan siasatan masih dijalankan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Kejadian itu tular menerusi satu rakaman video berdurasi satu minit satu saat di media sosial sejak semalam.

Rakaman itu menunjukkan seorang kanak-kanak yang tercampak dari sebuah kereta sebelum dilanggar dua kereta.

Kanak-kanak itu cuba bangun untuk berlari sebelum diselamatkan oleh penunggang motosikal yang membawanya ke tepi jalan.Menurut Muhamad Zaki, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang yang melihat kejadian, pemandu kenderaan terlibat dan perakam video tampil membantu siasatan.

Sementara itu mengenai kes bunuh seorang lelaki Rohingya semalam, Muhamad Zaki berkata mangsa ditemukan mati di kebun jagung di Kampung Melor Lama ditikam sebanyak 40 kali termasuk di bahagian dada dan perut.

"Mangsa berusia 44 tahun ditikam rakan senegara yang berusia 32 tahun dalam kejadian 9.30 pagi. Hasil siasatan mendapati motif kejadian disebabkan cemburu kerana dipercayai mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek berusia 29 tahun,” katanya.

Suspek dan isterinya direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar