web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Lelaki 6 Tahun Ditemukan Mati Dalam Mesin Basuh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2023 8:04AM

Kenyataan akhbar mengenai penemuan kanak-kanak lelaki di dalam mesin basuh di Ipoh, semalam. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan maut di dalam sebuah mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, satu laporan telah diterima pukul 11.44 pagi tadi mengenai insiden itu.

“Siasatan awal mendapati tempat kejadian adalah di sebuah rumah lot dan semasa kejadian, mangsa bersama ahli keluarga berada di dalam rumah tersebut.

"Lebih kurang jam 9.30 pagi, mangsa telah dijumpai oleh neneknya dalam keadaan tidak sedar diri di dalam mesin basuh pakaian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke hospital dengan ambulans dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.02 pagi. 

Menerusi bedah siasat dilakukan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan di bahagian kepala akibat objek tumpul dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), katanya.

Yahaya menasihati dan memberi peringatan khususnya kepada ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan untuk mengelakkan berlakunya sebarang tragedi tidak diingini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Anak Gajah Mati Dilanggar Di JRTB

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Aduh Buat Hal La Motor Ni...

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Bersenjata Api Disyaki Penjenayah Maut Ditembak

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad