web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beratur 1 Kilometer Untuk Dapatkan Makanan, Minum Air Kotor Di Gaza

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 4:38PM

Sukarelawan MyCARE mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk Palestin di Beit Lahiya di Utara Gaza. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Keadaan di Gaza semakin meruncing berikutan sekatan bagi mendapatkan bekalan air bersih dan makanan, menurut Pengurus MyCARE Gaza, Dr Ziad Shehada.

Beliau berkata, masuk hari kesembilan pertempuran antara Hamas dan pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel menyaksikan penduduk terpaksa beratur sejauh satu kilometer untuk mendapatkan makanan, selain meminum air kotor.

"Anak saya sendiri beratur selama tiga jam dan hanya diberikan sekeping roti. Kami makan sehari sekali, ini juga bagi mengelakkan penggunaan air yang banyak. Beginilah keadaan penduduk di Gaza keseluruhannya.

"Saya dan keluarga juga minum bekalan air yang kotor kerana tidak mempunyai pilihan. Anak lelaki saya menghadapi masalah buah pinggang dan memerlukan bekalan air bersih," katanya dalam laporan harian kepada Ibu Pejabat MyCARE di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, sebuah rumah kini menempatkan 60 hingga 70 orang dan boleh mencecah 100 orang kerana mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk berlindung. 

Menurut Ziad, jumlah terkorban mencecah 200 hingga 300 orang sehari, dengan angka terkini lebih 2,300 kematian dan kecederaan melebihi 4,000 orang akibat serangan Israel.

Terkini, MyCARE sudah menyalurkan bantuan Fasa Pertama bernilai RM236,650 merangkumi bantuan perubatan dan pek makanan.

Bantuan perubatan diedarkan di Hospital Al-Syifaa Gaza dengan kira-kira 800 pesakit menerima bantuan perubatan seperti ubat-ubatan, kerusi roda, lampin bayi dan dewasa serta kit pertolongan cemas. 

Selain itu, sebanyak 1,000 pek makanan sudah diedarkan di kawasan sekolah di Gaza yang menempatkan penduduk menghadapi kemusnahan tempat tinggal dan berlindung diri.

Bantuan setakat ini diedarkan di Beit Lahiya di utara Gaza. 

Menurut Ziad, selepas konflik ini berakhir penduduk Gaza memerlukan bantuan kemanusiaan daripada seluruh dunia terutamanya bekalan asas bagi meneruskan kehidupan seharian mereka.  

Sementara itu, menurut hantaran Facebook terbaru beliau malam tadi berkata: “Saya perlu pergi, hospital yang saya berada sekarang ini, baru sahaja menerima amaran daripada Zionis dan diancam untuk dimusnahkan tetapi pihak pengurusan enggan mengosongkan hospital. Saya akan berjumpa dengan kalian nanti, jika saya masih hidup”. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

3

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

SNCC Jawab Kritikan Netizen, ‘Misi Ke Gaza Akan Tetap Diteruskan’

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad