web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19, Wat Nikhrodharam Gamit Kerinduan Hari Wesak

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 8:52AM

Sami Kanan Wat Nikhrodharam, Chau Bob Mahaviro, membersihkan kawasan di dalam Wat Siam tersebut sempena Hari Wesak, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sejak puluhan tahun lalu, Wat Nikhrodharam di Jalan Teluk Wan Jah dekat sini, sentiasa menjadi tumpuan penganut Buddha setiap kali tibanya perayaan membabitkan agama itu.   

Pada sambutan Hari Wesak misalnya, ratusan pengunjung akan hadir ke wat tersebut sejak awal pagi untuk mengikuti upacara keagamaan, dan majoriti mereka turut membawa makanan untuk dijamu kepada kumpulan sami yang sememangnya menetap di situ. 

Ancaman pandemik COVID-19 bagaimanapun mengubah sepenuhnya senario itu, dan sejak dua tahun lalu, ia  tinggal sebagai satu kenangan, yang tidak mungkin akan dilupakan.

Seperti tahun sebelumnya, Hari Wesak di Wat Nikhrodharam dihambat kesepian, apabila upacara keagamaan hanya akan dilakukan oleh lapan sami yang menetap di premis berkenaan.

Tiada lagi kemeriahan suasana dan keriuhan pengunjung, khususnya penganut agama Buddha yang tidak mahu ketinggalan menunaikan ritual masing-masing.

Ia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Daerah Kota Setar, yang bermula 19 Mei lalu hingga 1 Jun depan. 

Seorang sami kanan, Chau Bob Mahaviro, 29, berkata, Wat Nikhrodharam sejak dari dulu 
sememangnya menjadi tumpuan ramai memandangkan rumah ibadat itu merupakan Wat Siam terbesar di bandaraya ini. 

"Kedudukannya di tengah-tengah Alor Setar juga menjadikan wat ini tumpuan ramai. Namun sejak dua tahun lalu, keadaannya berubah sama sekali, kerana kehadiran pengunjung ada kalanya terpaksa dihadkan atau disekat bagi mengekang penularan COVID-19. 

"Untuk tahun ini dan tahun lalu, pada Hari Wesak yang merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha pun, kita tak benarkan sesiapa ke sini. Diakui, kami rindukan suasana meriah apabila penganut Buddha berkumpul beramai-ramai tetapi demi keselamatan semua, perkara itu terpaksa ditangguhkan," katanya kepada Getaran ketika ditemui di Wat tersebut, semalam.

Pembinaan wat tersebut dimulakan dengan peletakan batu asas pada 2 Februari 1968 sebelum dibuka secara rasmi pada 21 Mac 1975. 

Selain upacara keagamaan, wat berkenaan boleh dianggap sebagai pusat perkembangan adat dan budaya masyarakat Siam di Kedah, yang sarat dengan pelbagai aktiviti termasuk pembelajaran bahasa Siam.

Sementara itu Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Datuk Seri Boon Som Inong berkata, rumah ibadat terbabit menyimpan nostalgia tersendiri kerana turut diasaskan moyangnya, Luong Phor Lindam atau turut dikenali sebagai Sami Lidah Hitam oleh penduduk tempatan. 

Boon Som memberitahu, moyangnya itu yang pernah diangkat sebagai Ketua Sami Kedah, sememangnya amat dihormati oleh penganut Buddha sehingga dianggap 'keramat' oleh banyak pihak sehingga sekarang.

"Pembinaan wat yang tersergam indah ini bukanlah mudah. Khabarnya kawasan ini dulu dipenuhi air dan moyang saya bersama masyarakat Siam di sini bergotong-royong menimbun tanah sebelum mengusahakan pembinaannya. 

"Oleh itu Wat Nikhrodharam ini mempunyai makna yang cukup besar buat kami sekeluarga. Melihat ramai orang ke sini untuk menjalankan upacara keagamaan merupakan sesuatu yang cukup dirindui," katanya, yang turut melahirkan harapan untuk melihat COVID-19 dihapuskan sepenuhnya di Malaysia.

"Kita tak sabar untuk melihat seluruh anggota masyarakat tanpa mengira apa agama sekali pun, dapat kembali beribadat mengikut kepercayaan masing-masing secara tenang seperti dulu," katanya. - Getaran 26 Mei 2021.

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar