web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pinjaman RM1.4 Bilion Kepada Penjaja, Pengusaha Kecil Elak Perangkap Ah Long

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2023 1:41PM

Ah Long atau ceti haram sering kali menjadi pilihan peniaga kecil kerana ia mudah memberi pinjaman berbanding bank, namun datang dengan risiko terperangkap dengan jumlah faedah tidak munasabah. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemudahan pinjaman perniagaan mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM1.4 bilion kepada penjaja dan pengusaha kecil menerusi Belanjawan 2024, mampu mengelakkan golongan itu terjerumus dengan kegiatan ‘Ah Long’ atau ceti haram.

Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia Prof Dr Bany Ariffin Amin Noordin berkata kebanyakan kes berlaku, apabila penjaja meminjam wang daripada ‘Ah Long’ untuk mereka menjadikan ia modal bagi memulakan atau memajukan perniagaan.

“Contohnya, nak buka kedai memerlukan kos tinggi, jadi penjaja sekiranya mereka ke bank akan ada masalah seperti sukar mendapat pinjaman kerana tiada rekod bank, berpendapatan rendah dan ada yang tidak berpelajaran tinggi, jadi akhirnya mereka mencari ‘Ah Long’.

“Meskipun ‘Ah Long’ mudah, percuma (prosesnya) dan cepat tapi risikonya tinggi. Sebaliknya dengan kemudahan pinjaman yang diperkenalkan ini akan menjadi serampang dua mata, penjaja boleh mulakan perniagaan dengan mudah dan pada masa sama tidak perlu mencari ‘masalah’ dengan ‘Ah Long’,” katanya kepada Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat Jumaat lepas, menyatakan sebanyak RM1.4 bilion disediakan di bawah pinjaman mikro BSN untuk membantu penjaja dan pengusaha kecil-kecilan menyediakan modal perniagaan, pembelian peralatan, premis serta pemasaran.

Bany Ariffin berkata golongan penjaja ketika ini, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan kerana ramai yang memilih perniagaan itu selepas diberhentikan kerja dan memerlukan pendapatan tambahan, disebabkan kos sara hidup meningkat.

Sementara itu, Prof Madya Dr Azwan Abdullah dari Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan, Universiti Malaysia Kelantan berkata peruntukan RM40 juta, disediakan bagi melaksanakan Program Shop Malaysia Online untuk menggalakkan peniaga kecil, khususnya dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah pula, mampu mengurangkan kebergantungan mereka menyewa premis dan menggajikan pekerja.

“Sepuluh tahun dulu nak berniaga mungkin perlu menyewa kedai yang memerlukan kos tambahan, tapi dengan kemudahan teknologi sekarang bukan halangan lagi perniagaan itu dapat dijanakan di rumah dan tanpa bergantung kepada majikan.

“Jadi, inisiatif ini selari dengan ekonomi gig yang secara langsung mampu memperkasakan ekonomi keluarga dan meningkatkan taraf sosial kehidupan masyarakat,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad