web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-kanak Maut Disyaki Didera, 3 Ditahan Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2023 8:26AM

Siaran media daripada Ketua Polis Daerah Bagan Serai Supt Juna Yusoff berhubung kes dera dan bunuh berkenaan. - gambar Facebook Polis Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis hari ini menahan seorang duda dan ibu bapanya bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dua bulan yang disyaki didera di Bagan Serai, semalam.

Ketua Polis Daerah Bagan Serai Supt Juna Yusoff berkata lelaki berusia 26 tahun itu dipercayai telah mengambil mangsa dari rumahnya untuk dijaga sejak Selasa lepas, sebelum kanak-kanak tersebut ditemukan tidak sedarkan diri oleh kedua ibu bapa lelaki itu.

“Pada kira-kira 6 petang semalam, suami isteri warga emas berusia berusia 62 dan 57 tahun itu mendapati mangsa yang dijaga oleh anak mereka, tidak sedarkan diri dengan terdapat kecederaan pada mangsa dan membuat keputusan menghantar kanak-kanak itu ke klinik Bagan Serai.

“Bagaimanapun, mangsa didapati telah meninggal dunia dengan kesan kecederaan dan melecur pada badan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Juna berkata hasil bedah siasat didapati mangsa meninggal dunia kerana pendarahan di kepala akibat hentakan objek tumpul selain kecederaan di seluruh badan, kesan melecur akibat objek panas dan kesan kecederaan pada lubang dubur mangsa.

Menurutnya ketiga-tiga suspek kini disiasat di bawah Seksyen 302 kerana membunuh dan direman hingga esok

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Ambri Mat Nayan di talian 01113092525 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kerian di talian 05 -7212222. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad