web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Mahu Kegiatan Sukan Di Sekolah, IPT, Komuniti Diperkasa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 1:58PM

Perdana Menteri ketika menyantuni orang awam yang hadir pada sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 bertemakan #FitMalaysia di Dataran Putrajaya di sini hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rangkaian antara Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi yang lebih erat, bagi membolehkan kegiatan sukan di sekolah, pusat pengajian tinggi dan komuniti, terus disegarkan dan diperkasa.

Berucap merasmikan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 bertemakan #FitMalaysia di Dataran Putrajaya di sini hari ini, Anwar berkata negara MADANI hanya akan berkembang sekiranya rakyat diperkasakan, bukan hanya menerusi bidang pekerjaan dan ekonomi sahaja, malah menerusi aspek kesihatan melalui bersukan.

Beliau berkata rakyat juga mahukan keamanan, dan negara MADANI merupakan negara yang fokus untuk memacu pertumbuhan dalam pelbagai aspek.

“Sebab itu saya lontarkan idea ini (MADANI), kerana saya yakin Malaysia akan selamat, bahagia dan cemerlang, sekiranya kita dapat yakinkan anak muda bangkit sebagai satu kesatuan, semangat perpaduan tulen tanpa mengira kaum dan budaya masing-masing,” katanya di hadapan lebih 20,000 peserta yang menyertai program HSN 2023.

Anwar diiringi Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, turut melakukan pelepasan peserta acara larian dan berbasikal, yang diadakan sempena HSN 2023 itu.

HSN merupakan agenda nasional, yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober, dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif, selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau membentangkan beberapa inisiatif dan insentif yang dituntut puluhan tahun untuk kegiatan sukan, dalam Belanjawan 2024 semalam.

Dalam Belanjawan 2024 Malaysia MADANI, Anwar mengumumkan antaranya peruntukan RM72 juta tahun hadapan bagi memperkukuh ekosistem atlet acara podium dan pelaksanaan inisiatif Road to Gold, sebagai usaha menggapai pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik.

Sejumlah RM50 juta juga disediakan bagi menyelenggara dan menaik taraf kemudahan belia dan sukan seluruh negara, serta cadangan pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad