web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Peruntuk RM12.4 Bilion Kepada Sabah, Sarawak Dalam Belanjawan 2024

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 5:36PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dilihat berbual dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (kiri) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebaik tiba bagi membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Parlimen hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR– Usaha menzahirkan kesepakatan yang dicapai pemimpin dahulu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus direalisasikan Kerajaan Perpaduan dalam Belanjawan 2024 Malaysia MADANI, dengan sejumlah RM12.4 bilion diperuntukkan untuk pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan itu di Dewan Rakyat hari ini berkata sebanyak RM6.6 bilion diperuntukkan kepada Sabah, manakala RM5.8 bilion lagi untuk Sarawak, iaitu peningkatan daripada RM6.5 bilion (Sabah) dan RM5.6 (Sarawak) dalam Belanjawan 2023.

Beliau berkata atas semangat MA63, kerajaan Persekutuan juga telah menurunkan kuasa pelaksanaan projek pembangunan di bawah nilai RM50 juta kepada agensi teknikal di kedua-dua negeri itu bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek-projek terlibat.

Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga telah meningkatkan kadar pemberian khas interim untuk Sarawak dan Sabah kepada RM300 juta, berbanding RM16 juta bagi Sarawak dan RM125.6 juta bagi Sabah sebelum ini.

Kali terakhir kajian semula pemberian khas itu dibuat adalah pada 1969 (Sarawak) dan 2022 (Sabah).

Anwar berkata Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 juga telah diluluskan di Dewan Rakyat, Rabu lepas, bagi memperuntukkan wakil kerajaan negeri Sabah yang dinamakan Ketua Menteri Sabah dan seorang wakil kerajaan negeri Sarawak yang dinamakan Premier Sarawak, selaras dengan hasil Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1963.

“Kerajaan Persekutuan bersama-sama kerajaan negeri Sabah juga telah mencapai kesepakatan berhubung penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik yang bakal berkuat kuasa pada 3 Jan 2024.

“Kendatipun kuasa kawal selia diserahkan kepada kerajaan negeri Sabah, kerajaan Persekutuan tetap akan terus membantu kerajaan negeri Sabah dalam mengukuhkan industri elektrik di Sabah melalui pemberian subsidi kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sehinggalah Pelan Tranformasi SESB berjaya dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun iaitu sehingga 2030,” katanya.

Bagi menjamin kestabilan dan mengurangkan gangguan bekalan elektrik di Sabah, khususnya di kawasan timur Sabah, Perdana Menteri berkata kerajaan Persekutuan akan memberi sokongan kepada pelaksanaan penjanaan tenaga secara solar hidrid serta pembinaan jaringan talian penghantar elektrik di selatan Sabah.

“Kerajaan Persekutuan juga sedang berunding untuk merealisasikan penyerahan Pelabuhan Bintulu dan pengoperasian Perkhidmatan Udara Desa (RAS) kepada kerajaan negeri,” katanya.

Belanjawan 2024 merupakan belanjawan kedua yang dibentangkan Anwar sejak menjadi perdana menteri pada 24 Nov 2022. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad