web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembentangan Belanjawan 2024 Dinanti-nantikan Seluruh Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 3:43PM

Perdana Menteri menunjukkan beg berisi dokumen Belanjawan 2024 sebelum bergerak ke Parlimen. - gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen petang ini dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat.

Belanjawan 2024 adalah belanjawan kedua yang dibentangkan oleh beliau sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 Nov 2022.

Anwar, yang berpakaian Baju Melayu berwarna ungu muda lengkap bersamping, membawa beg dokumen berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2024 sebelum meninggalkan Kementerian Kewangan pada 3.13 petang untuk ke Parlimen.

Beg dokumen Belanjawan 2024 berwarna hitam bermotifkan corak ‘Arabesque’ merupakan hasil tangan seorang pengusaha batik tempatan berasal dari Kelantan.

Anwar ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir dua Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Terdahulu, sebelum memulakan perjalanan, Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail mengetuai bacaan doa bagi mendapatkan keberkatan.

Belanjawan 2024 bertema ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ merupakan dasar penting dan menyeluruh selain memacu pertumbuhan ekonomi serta membela rakyat. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar