web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belanjawan 2024: 'Semangat. Pasti Okay' - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 2:52PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (enam, kiri) menunaikan solat hajat dan qunut nazilah selepas solat Jumaat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Memasuki tahun kedua melaksanakan tanggungjaawab membentang belanjawan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan beliau sudah bersedia dan akan membentang perancangan belanjawan negara itu dengan penuh bersemangat.

Ditanya perasaannya sebelum membentangkan belanjawan, Anwar ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, di sini hari ini, secara ringkas berkata: “Semangat… semangat. Pasti okay”.

Pada pukul 4 petang ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen.

Perdana Menteri yang berpakaian baju Melayu lengkap berwarna ungu muda bersamping dan mengenakan selempang Palestin, kemudian bersalaman dengan jemaah sebelum bergerak meninggalkan perkarangan masjid itu.

Terdahulu, Anwar menunaikan solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah yang terdiri daripada penduduk setempat serta penjawat awam, dan mendengar khutbah bertajuk Solidariti Pertahankan Palestin yang disampaikan Ketua Imam Masjid Mahmoodiah, Abu Bakar Mohd Noor.

Beliau yang tiba di masjid itu pukul 12.55 tengah hari, disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan pihak pengurusan masjid.

Anwar kemudiannya menjamu selera dengan menikmati asam pedas dan kari ikan di Medan Selera Masjid Mahmoodiah yang terletak dalam kawasan masjid itu.

Perdana Menteri turut melancarkan Tabung Palestin Jabatan Perdana Menteri-Hal Ehwal Agama (JPM-HEA).

Aktiviti makan tengah hari dan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat adalah program rutin mingguan Anwar sejak menerajui Kerajaan Perpaduan selepas Kabinet dibentuk pada 2 Disember lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar