web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beri Ruang Polis Jalankan Siasatan Terperinci Kes Roger Ng - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 6:41PM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika sidang media pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Pasukan Polis Marin Ke-76 di Markas Pasukan Polis Marin, Batu Uban hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Beri ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa kerana kes itu membabitkan duit kerajaan dan rakyat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, siasatan terhadap Roger Ng, 51, yang diekstradisi dari Amerika Syarikat bagi membantu siasatan kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) itu akan dijalankan sehingga pihak berkuasa berpuas hati.

“Tiada tempoh masa dan, tiada had (siasatan) sehingga kita puas hati (jalankan siasatan), kerana ia melibatkan duit kerajaan dan rakyat. Kita akan adakan sidang akhbar dari semasa ke semasa, beri kami peluang untuk menyiasat.

“Jangan risau, baru dua hari, sabar, ini bukan kes curi ayam," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke 76 di Markas PPM Wilayah 1 di Batu Uban, di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.

Roger Ng yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbillion dollar dana 1MDB, dibawa pulang ke Malaysia oleh pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan pihak berkuasa negara ini, berkaitan 1MDB.

Pada 19 Disember 2018, Roger Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs, berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi di Amerika Syarikat melepas tanpa membebaskan (DNAA) Roger Ng daripada empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu, berhubung penjualan nota sekuriti dan bon bernilai AS$6.5 bilion milik anak syarikat 1MDB.

Sementara itu, Razarudin berkata polis akan bersikap telus dan adil dalam siasatan terhadap isu video tular yang memaparkan orang kena tahan (OKT) kelihatan dipukul ketika berada dalam tahanan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Klang Selatan, Selangor.

"Kami akan telus dan adil dalam siasatan kami dan ini komitmen kami. Saya juga telah maklumkan hasrat saya itu kepada Ketua Polis Selangor," katanya.

Rakaman video berkenaan dikesan tular menerusi aplikasi Telegram, dan semakan mendapati kejadian berlaku di BSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 2 Ogos 2022.

Sementara itu, Razarudin berkata, Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menangani 4,955 kes penyeludupan rokok, minuman keras, dadah dan khazanah negara serta merampas pelbagai barang yang berkaitan dengan nilai berjumlah RM186 juta dalam operasi sejak awal Januari hingga Ogos tahun ini.

Beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil operasi berterusan PPM dengan kerjasama Jabatan Imigresen, Jabatan Perikanan, Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); Jabatan Laut dan Lembaga Pelabuhan dan Dermaga, dalam memerangi penyeludupan kontraban dan mencegah jenayah rentas sempadan.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan dan pucuk pimpinan PDRM sentiasa mengambil cakna akan kebajikan dan keperluan aset PPM sejajar dengan arus pembangunan pesat dalam bidang teknologi marin.

Beliau berkata, antara projek dan aset terbaharu PPM adalah projek Pembangunan Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 di Tok Bali, Bachok, Kelantan bernilai RM75 juta yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Januari 2024.

"Selain itu, Projek Pembangunan Markas Pangkalan Hadapan (Forward Operation Base) di Pulau Mabul, Semporna, Sabah bernilai RM45.5 juta yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Januari 2024 dan Projek Pembangunan Markas Operasi Muar di Muar, Johor bernilai RM40 juta yang kini dalam proses penyediaan skop kerja oleh Jabatan Kerja Raya," katanya.

Beliau berkata, PPM juga memperoleh aset antaranya perolehan 10 bot police strike craft, Rigid Hull Assault Boat (RHAB) Full Cabin dengan nilai kos projek RM32.81 juta. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar