web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kementerian Luar Dalam Proses Evakuasi Warga Malaysia Di Tebing Barat – Zambry

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 1:03PM

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan Dewan Rakyat bahawa Wisma Putra dalam proses membawa pulang seorang rakyat Malaysia dari Tebing Barat. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar kini dalam proses evakuasi bagi mengeluarkan seorang wanita rakyat Malaysia dari Tebing Barat susulan pertempuran antara Israel dan Palestin sejak 7 Okt lepas.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata wanita itu yang dikenali sebagai Dr Nurul Ain Latif dari Kota Bharu, Kelantan telah berkahwin dengan seorang warga Palestin, dan dia dilaporkan berada di tempat yang selamat.

“Kita sedang berusaha untuk melakukan proses evakuasi buat Dr Nurul Ain, dan hingga kini kita mendapat kerjasama daripada Kedutaan Filipina bagi mengeluarkan keluarga ini bersama-sama lapan warga Indonesia yang berada di kawasan itu,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Hong Pin (PH-Bakri) yang ingin tahu bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi memastikan keselamatan warga Malaysia, terutama yang berada di Tebing Barat susulan konflik yang berlaku.

Selain Dr Nurul Ain, beliau berkata terdapat seorang ibu dan tiga anak yang merupakan pemegang pasport Malaysia, dilaporkan berada di kawasan konflik.

Semalam, Wisma Putra dalam kenyataan, mengesahkan lima rakyat Malaysia, iaitu seorang wanita dan seorang ibu bersama tiga anaknya berada di Tebing Barat ketika ini, dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan sentiasa berhubung dengan mereka.

Zambry berkata kerajaan Malaysia amat prihatin dan gusar akan pertempuran itu yang mengorbankan ribuan nyawa sementara bilangan kecederaan pula meningkat mendadak, selain keperitan rakyat Palestin di Gaza yang kini terpaksa berdepan sekatan bekalan air, elektrik dan makanan oleh rejim Zionis.

Beliau turut menyuarakan kekecewaan Malaysia terhadap sikap berat sebelah pihak barat yang sebelum ini sepantas kilat mengambil tindakan dan membantu Kiev mempertahankan diri daripada pencerobohan Moscow, namun meminggirkan rakyat Palestin tanpa sebarang pembelaan dan keadilan.

Malah, kata beliau, perkara itu adalah menyimpang daripada prinsip kemanusiaan sejagat dan undang-undang antarabangsa.

Sementara itu, Zambry berkata kerajaan Malaysia akan menyampaikan sumbangan awal RM1 juta daripada dana Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi meringankan beban rakyat Palestin yang terjejas susulan konflik itu.

Beliau berkata bantuan itu akan disampaikan bagi pihak rakyat negara ini kepada Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali di lobi Parlimen hari ini.

“Sebagai permulaan, rakyat Malaysia yang ingin mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin, sumbangan ini boleh disalurkan melalui akaun AAKRP yang dikendalikan Kementerian Luar.

“Sebagai menunjukkan komitmen daripada pelbagai pihak di Malaysia, kita mula menerima pelbagai tawaran dan hasrat khususnya daripada pertubuhan sivil dan pertubuhan bukan kerajaan, untuk menyampaikan bantuan ini kepada rakyat Palestin,” katanya.

Beliau berkata Malaysia turut menggesa masyarakat antarabangsa termasuk pertubuhan antarabangsa agar menyalurkan bantuan seperti bekalan asas dan perubatan, memandangkan rejim Israel tidak berhak menyekat bantuan kemanusiaan.

Pertempuran terkini di Palestin membabitkan Hamas, iaitu pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad