web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Tak Halang Pengguna Terus Guna Khidmat LRT

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 5:18PM

Tinjauan sekitar stesen LRT Pasar Seni berikutan kemalangan yang melibatkan dua tren semalam di laluan Kelana Jaya. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nahas membabitkan tren bernombor 40 dan 81 di laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya ternyata tidak menghalang orang ramai terus menggunakan kemudahan berkenaan sebagai pengangkutan utama.

Tinjauan Getaran di Stesen Pasar Seni dan Masjid Jamek mendapati, penumpang masih setia menanti ketibaan tren masing-masing walaupun ada yang dibayangi insiden tersebut.

Seorang penuntut, Nur Suraya Izzati Zulkifli 20, berkata, dia masih setia menggunakan LRT walaupun mengakui takut apabila teringatkan insiden itu.

Nur Suraya Izzati Zulkifli - Gambar oleh Azim Rahman
Nur Suraya Izzati Zulkifli - Gambar oleh Azim Rahman

“Saya sudah menggunakan perkhidmatan tren ini lebih kurang setahun dan ia sangat menjimatkan, selain selesa untuk ke mana-mana.

“Kejadian semalam itu adalah satu kemalangan yang tidak boleh dijangka, tetapi saya berpendapat ia boleh dielakkan jika sistem pengawasan tren dipantau dengan lebih teliti,” katanya kepada Getaran.

Pekerja stor, Lokeshwary Subramaniam, 23 berkata, nahas berkenaan sememangnya amat menakutkan dan menyedihkan, namun ia adalah risiko yang harus dihadapi semua penumpang.

“Saya menggunakan perkhidmatan tren ini selama tiga tahun, dan kemalangan seperti ini bukan sesuatu yang baharu.

“Lazimnya kemalangan seperti ini berlaku akibat kegagalan sistem atau mengalami masalah teknikal, perkara seperti ini boleh dikurangkan jika pemantauan ke atas sistem perkhidmatan ini dapat diurus dengan lebih efisien,” katanya.

Perbelanjaan yang tinggi jelasnya, memaksa dia mengetepikan semua rasa takut dan memilih LRT sebagai pengangkutan utama.

“Saya menetap di Puchong, dan saya ada kenderaan sendiri, tetapi perbelanjaan saya untuk perjalanan dari Puchong ke Pasar Seni memakan kos yang tinggi.

“Penggunaan tren memudahkan pergerakan saya ke pejabat, sekali gus membantu menjimatkan kos,” katanya.

Kemalangan melibatkan dua tren semalam dilihat tidak menghalang orang ramai daripada menggunakan perkhidmatan LRT. - Gambar oleh Azim Rahman
Kemalangan melibatkan dua tren semalam dilihat tidak menghalang orang ramai daripada menggunakan perkhidmatan LRT. - Gambar oleh Azim Rahman

Sementara itu, Nurul Aisyah Ahmad, 24 pula berpendapat, nahas yang berlaku semalam dapat dielakkan jika pengurusan tren tidak cuai dalam melaksanakan tugas.

“Saya rasa amat sedih dengan kemalangan semalam yang melibatkan ratusan penumpang, kerana saya adalah antara ribuan penumpang yang menggunakan perkhidmatan tersebut setiap hari.

“Saya yakin ia adalah satu kecuaian kerana ini bukan kali pertama kejadian seumpamanya berlaku,” kata pekerja di sebuah kedai kek itu.

Bas Rapid KL dijadikan sebagai perkhidmatan perantaraan untuk sementara waktu berikutan kemalangan semalam. - Gambar oleh Azim Rahman
Bas Rapid KL dijadikan sebagai perkhidmatan perantaraan untuk sementara waktu berikutan kemalangan semalam. - Gambar oleh Azim Rahman

Dia turut mengakui, tidak mempunyai pilihan pengangkutan lain kerana LRT di laluan Kelana Jaya adalah yang terdekat dengan kediamannya.

“Untuk menggunakan pengangkutan jenis lain seperti Grab, menelan belanja yang lebih besar,” katanya lagi.

Sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 yang lain mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam nahas tersebut, malam tadi.

Sementara itu Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi ini dengan menggunakan satu landasan (Single Track) dan disokong perkhidmatan bas perantara percuma. - Getaran, 25 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

3

Semasa 2 tahun yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad