web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Akan Bincang Isu Peningkatan Kos Sara Hidup Dengan Srettha

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2023 1:24PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand yang baru dilantik, Srettha Thavisin, esok. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu berkaitan kos sara hidup yang meningkat di Malaysia dan Thailand adalah antara perkara yang akan dibincangkan pada pertemuannya dengan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin esok.

Perdana Menteri Thailand yang baru dilantik itu dijadual tiba pagi esok untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pertemuan itu juga turut akan membincangkan mengenai langkah-langkah untuk membantu mengurangkan beban yang dihadapi rakyat di kedua-dua negara.

“Kita (kerajaan Malaysia) akan berikhtiar sedaya upaya untuk mengurangkan beban kepada rakyat yang miskin… termasuk golongan M40 yang terkesan dengan senario ekonomi yang ada sekarang, yang juga berlaku di seluruh dunia.

“Begitu juga dengan perbincangan-perbincangan kita dengan pimpinan seluruh dunia, esok atau lusa (mengadakan pertemuan) dengan Perdana Menteri Thailand," kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Anwar menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang antaranya ingin tahu pendekatan kerajaan untuk meningkatkan kuasa beli rakyat susulan penyusutan nilai ringgit selain langkah kerajaan meningkatkan pendapatan rakyat bagi membantu golongan B40 dan M40 berikutan kenaikan harga barang.

Anwar berkata beberapa langkah yang diambil kerajaan dalam membantu mengurangkan beban rakyat turut akan diumum menerusi Belanjawan 2024 yang dijadual dibentangkan Jumaat ini.

Mengenai implikasi perbelanjaan subsidi bahan makanan daripada kerajaan, Perdana Menteri berkata ia mencecah RM81 bilion setakat ini melepasi jangkaan asal iaitu RM67 bilion.

“Sebahagian kecil adalah sebab soal nilai atau kos import yang meningkat terutamanya makanan. Jadi ini menyebabkan harus ada beberapa dasar baharu untuk menanganinya,” kata Anwar - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad