web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rapid Rail Teliti Tata Cara Operasi Koc Wanita

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 12:37PM

Pengguna wanita Perkhidmatan Aliran Transit Massa (MRT) menunggu tren di bahagian Koc Wanita ketika tinjauan di MRT Kwasa Damansara baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) sedang meneliti tata cara pengoperasian Koc Wanita bagi mendidik orang ramai mengenai etika penggunaannya susulan pengenalan inisiatif itu di Aliran Transit Massa (MRT) Laluan Kajang sejak 18 September lalu.

Ketua Jabatan Operasi Perkhidmatan MRT Laluan Kajang, Sofiah Hussien berkata, pihaknya menerusi sukarelawan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) digelar Troopers dan Polis Bantuan sentiasa melakukan pemantauan secara berkala dalam tren dan di stesen bagi mengenal pasti individu yang 'menceroboh' Koc Wanita.

“Pengguna wanita juga boleh menegur secara berhemah pengguna lelaki untuk menukar ke koc biasa, namun jika berterusan mereka boleh mendapatkan bantuan daripada anggota Polis Bantuan atau kakitangan operasi, selain atau terus menghubungi pusat khidmat pelanggan Rapid KL. 

“Saya menyeru orang ramai supaya dapat membantu dan menyokong MRT dengan memperingati antara satu sama lain mengenai kepentingan dan sensitiviti koc khas ini untuk keselesaan bersama,” katanya kepada Bernama.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan keprihatinan seorang pekerja penghantar makanan yang meminta sekumpulan pengguna lelaki termasuk warga asing beralih daripada Koc Wanita sambil memberikan penjelasan dalam bahasa Inggeris mengenai koc khas tersebut.

Sofiah berkata, pelaksanaan Koc Wanita bagi perkhidmatan MRT Laluan Kajang bertujuan memberi keselesaan dan menjaga keselamatan golongan wanita sebagai pengguna perkhidmatan berkenaan.

"Berdasarkan tinjauan umum, kami mendapati laluan ini menerima permintaan tinggi apabila 53 peratus pengguna terdiri daripada golongan hawa. Bagaimanapun, pelaksanaan ini akan dinilai selama tiga hingga enam bulan oleh pihak berkuasa sebelum sebarang keputusan diambil untuk dilaksanakan di laluan rel lain," katanya.

Koc Wanita terletak di bahagian tengah setiap tren MRT Laluan Kajang dengan menggunakan sebahagian koc dua dan tiga, serta mempunyai pelekat ikon wanita berwarna merah jambu dengan perkataan 'Wanita Sahaja'.

Selain itu, di platform pengguna juga disediakan ruang beratur dan menunggu berpelekat ikon wanita selain membuat pengumuman secara berkala di dalam tren dan di stesen-stesen sebagai pemakluman kepada pengguna.

"Ia boleh digunakan oleh semua penumpang wanita pelbagai umur dan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ke bawah ditemani penjaga wanita, manakala komuniti orang kurang upaya (OKU) termasuk penjaga diberikan keutamaan untuk menaiki mana-mana koc,” katanya.

Bagaimanapun, Sofiah berkata, semua penumpang akan dibenarkan menggunakan Koc Wanita sekiranya terdapat gangguan perkhidmatan selepas mendapat nasihat petugas di platform.

Beliau berharap semua pengguna MRT Laluan Kajang bersikap positif dalam menerima inisiatif berkenaan kerana ia bukan satu perkara baharu berikutan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan tren KTM Komuter sudah memperkenalkan Koc Wanita pada April 2010.

“Saya menasihatkan semua pengguna wanita memanfaatkan sepenuhnya Koc Wanita terlebih dahulu bagi memberi ruang kepada pengguna lain menggunakan koc biasa,” katanya.

Seorang pelajar jurusan komunikasi, Nur Fathin Mad Sidi, 25, berharap MRT perlu lebih giat melaksanakan kempen kesedaran mengenai koc wanita bagi membanteras isu pencerobohan terhadap koc khas itu.

“Rasa geram juga bila lihat golongan lelaki dengan selamba duduk di Koc Wanita. Bila ditegur, ada yang buat tidak tahu sahaja. Mungkin MRT perlu lebih kerap buat pengumuman atau pemantauan secara langsung di stesen,” katanya.

Pekerja restoran makanan segera, Fatin Anisa Said, 27, pula berkata pelaksanaan Koc Wanita membantu mengurangkan kes gangguan seksual dalam mod pengangkutan itu.

“Jujurnya, saya rasa lebih yakin dan selamat untuk menaiki MRT. Sekurang-kurangnya, kita dapat mengelakkan daripada berlakunya sentuhan fizikal antara lelaki dan wanita terutamanya pada waktu puncak,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceroboh Masuk Kaunter Stesen MRT, Penganggur Dipenjara 2 Bulan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Percuma 2 Hari Untuk Penumpang KTMB Lembah Klang Sempena Thaipusam - Loke

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad