web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Kecurian REE Di Kedah Temukan Petunjuk Baharu: Azam Baki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 8:39PM

Tan Sri Azam Baki. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kecurian unsur nadir bumi di Kedah berjaya menemukan beberapa petunjuk baharu, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki.

 Azam berkata sepanjang tempoh siasatan dilakukan SPRM juga telah menggunakan khidmat pakar untuk mengenal pasti tempoh masa serta kuantiti unsur nadir bumi yang disyaki telah dicuri berdasarkan ujian-ujian makmal.

“Siasatan kes berkenaan masih berjalan melibatkan siasatan berkait isu-isu rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah terhadap individu dan agensi- agensi penguatkuasaan yang terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut tentang perkara itu kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Pada Julai lepas, 10 Exco kerajaan negeri Kedah dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes REE itu.

Selain itu, media turut melaporkan seorang pegawai kanan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan seorang wanita yang merupakan pengarah sebuah syarikat ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM13 juta serta salah guna kuasa membabitkan isu berkenaan.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut mengesahkan beliau telah dipanggil memberikan keterangan berhubung kes berkenaan kepada SPRM pada September lalu. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad