web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedai Makanan Laut Caj Mahal Dikenakan Notis Oleh KPDN Johor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 7:57PM

Pasangan selebriti Mawi dan Ekin selepas membuat laporan polis pada Selasa lalu. - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU – Pihak berkuasa sudah mengambil tindakan memberi notis terhadap sebuah kedai makanan laut di sini, yang dikatakan mengenakan harga mahal terhadap pelanggannya baru-baru ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo, berkata tindakan itu diambil mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna iaitu harga yang mengelirukan.

Beliau berkata, premis itu juga diberi notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 supaya mengemukakan maklumat untuk pengiraan pencatutan.

Beliau berkata, tindakan pemantauan dijalankan semalam berikutan ia tidak beroperasi pada Selasa.

"Penguat kuasa sudah memantau harga dan operasi kedai makan itu dan sudah mengambil tindakan sesuai. Bagaimanapun kes masih dalam siasatan," katanya seperti dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Ekin melalui akaun Instagramnya meluahkan rasa tidak puas hati apabila perlu membayar bil berjumlah RM1,260 untuk hidangan makanan laut yang dimakan bersama ahli keluarganya di sebuah kedai makan di Johor Bahru.

Ekin turut mendakwa kedai terbabit tidak meletakkan tanda harga. Malah, juga dikatakan tidak menimbang makanan laut yang dipesan terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh kedai yang biasa dikunjunginya.

Pemilik kedai itu kemudian tampil membuat penjelasan di media sosial selepas perkongsian Ekin itu menjadi bualan ramai serta mendapat perhatian pihak media.

Menerusi video yang dimuatnaik di akaun Tiktok @abangcinta_1 itu, wanita berkenaan telah menyenaraikan setiap hidangan yang dipesan dan menerangkannya harganya satu persatu. Jelas wanita itu lagi, Ekin menyebut yang beliau hanya memesan dua ekor ikan, tetapi maklumat itu adalah tidak tepat kerana makanan yang dipesan adalah untuk enam hidang.

Selain ikan, mereka juga turut memesan hidangan makanan laut lain seperti udang goreng mentega, sotong goreng tepung , ketam telur masin dan juga hidangan siput.

“Tujuan video ini dibuat adalah untuk memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti tanah air yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan.

“Pada hari Sabtu, 30 September petang, mereka telah datang ke kedai makcik seramai lebih kurang 20 orang termasuklah kanak-kanak. Dalam video awak cakap makan ikan dua ekor sahaja, tetapi sebenarnya total untuk enam hidang,” katanya. – Getaran, 5 Oktober 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad