web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jerebu: Guru Disaran Lebih Kreatif, Ganti Aktiviti Kokurikulum Luar Bilik Darjah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2023 2:30PM

Pemandangan berjerebu di bangunan-bangunan pencakar langit dan kawasan sekitar Kuala Lumpur hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Guru-guru di sekolah di dalam kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat disarankan untuk lebih kreatif dalam pelaksanaan aktiviti menggantikan kokurikulum di luar bilik darjah.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, pihak sekolah perlu memikirkan alternatif lain yang boleh dijalankan oleh guru dan murid dalam usaha mengelakkan daripada terdedah dengan risiko kesihatan akibat jerebu ketika ini.

“Aktiviti kokurikulum tidak semestinya perlu dijalankan di luar bilik darjah sahaja, malah semasa pandemik kementerian telah mengajar semua pihak menjadi lebih kreatif dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum yang tidak memerlukan guru dan murid berada di luar,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Justeru, Fouzi mencadangkan pihak sekolah untuk mengaplikasikan semula aktiviti kokurikulum yang dilakukan semasa pandemik COVID-19, demi menjaga kesihatan warga sekolah terutamanya murid.

Aktiviti seperti pertandingan melalui rakaman video atau YouTube, latihan penulisan dan aktiviti membuat buku skrap adalah antara perkara dilaksanakan untuk murid semasa pandemik yang boleh dijalankan semula dalam situasi jerebu kini.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman turut mengingatkan semua pihak untuk tidak menganjurkan aktiviti di luar terutamanya bagi sekolah yang berada dalam kawasan IPU tidak sihat.

“Mereka yang menganjurkan aktiviti luar melibatkan murid dan kanak-kanak perlu memantau bacaan IPU dan membatalkan aktiviti berkenaan serta-merta jika bacaan melebihi 100.

“Jerebu yang berlaku kini berupaya mencetuskan gangguan pernafasan terutama kepada golongan kanak-kanak kerana fungsi paru-paru dan sistem imun mereka yang belum cukup matang,” katanya.

Selain itu, Malina turut menasihati murid-murid yang berada di kawasan kualiti udara terjejas untuk memakai pelitup muka semasa berada di sekolah terutama di luar bilik darjah.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan sekiranya sekolah ditutup jika bacaan IPU melebihi 200.

Beliau berkata, pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau bacaan IPU sebelum membuat sebarang tindakan.

Laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat semalam merekodkan tujuh kawasan mencatatkan bacaan IPU pada paras tidak sihat dengan Nilai, Negeri Sembilan kekal kawasan paling terjejas iaitu 157, manakala Cheras di ibu negara merekodkan IPU 155. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad