web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Insiden Di Siam Paragon - Duta Besar Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2023 8:26AM

Jojie Samuel - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok pada Selasa yang mengorbankan dua individu dan mencederakan lima yang lain.

Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata pihak kedutaan sedang memantau rapat keadaan itu.

“Rakyat Malaysia yang terjejas akibat kejadian itu boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi kedutaan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Polis Thailand mengesahkan bahawa dua individu masing-masing warga China dan Myanmar maut dalam kejadian berkenaan, manakala lima lagi cedera.

Sebelum ini, laporan awal mengatakan tiga maut dalam kejadian itu. 

Ketua Polis Negara Torsak Sukvimol berkata mangsa wanita warga China berusia 34 tahun maut di lokasi kejadian, manakala warga Myanmar yang bekerja di gedung membeli-belah itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. 

Beliau berkata mangsa yang cedera masing-masing seorang warga Laos dan China, manakala tiga lagi rakyat tempatan.

Kesemua mangsa sedang menerima rawatan di hospital.

Beliau berkata polis telah menahan seorang suspek berusia 14 tahun di tingkat 3 pusat beli-belah itu.

“Suspek menyerahkan senjata api yang digunakannya,” katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian.

Katanya, suspek mempunyai sejarah masalah kesihatan mental.

Sementara itu, Perdana Menteri Srettha Thavisin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Jurucakap Kementerian Luar Kanchana Patarachoke berkata kementerian sedang berhubung dengan kedutaan yang terlibat untuk menawarkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terjejas,

“Memandangkan kes itu masih dalam siasatan, beberapa maklumat tidak dapat didedahkan dan pihak kami sedang mengambil langkah yang sewajarnya.

“Keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Thailand dan warga asing, dan memastikan tragedi seperti itu tidak berulang pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan.

Kanchana bagi pihak Kementerian Luar turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera segera sembuh. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Lelaki Miliki 44 Rekod Jenayah Ditembak Mati, Disyaki Dalang Geng Samun

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad