web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pensyarah Antara Dua Lelaki Ditahan Disyaki Edar Dadah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2021 8:07AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang pensyarah universiti tempatan adalah antara dua lelaki yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar ibu negara sejak beberapa bulan lepas.

Berikutan tangkapan hasil dua serbuan semalam, polis merampas ganja seberat 1.38kg, serbuk MDMA, 10 biji pil MDMA bernilai lebih RM7,000 dan wang tunai berjumlah RM2,000.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pensyarah itu ditahan susulan penahanan seorang penganggur berusia 19 tahun di tepi jalan di Kuchai Maju pada pukul 2 petang.

Pensyarah sebuah universiti di Selangor berusia 31 tahun itu ditahan di kawasan Jalan Pahang kira-kira 10.30 malam hari yang sama hasil soal siasat polis terhadap penggangur itu, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis merampas satu peket plastik lutsinar disyaki mengandung dadah jenis MDMA ketika melakukan pemeriksaan terhadap penggangur terbabit dan berdasarkan maklumat, bekalan dadah itu diperoleh melalui sebuah laman “Dark Web”.

Hasil siasatan polis percaya penggangur itu melakukan kegiatan mengedar dadah selama lebih kurang  tujuh bulan dan hasil ujian air kencingnya juga didapati positif dadah jenis kanabis.

Kedua-dua mereka direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan

“Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti anggota sindiket yang terlibat serta sumber bekalan dadah itu,” katanya. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Semasa 2 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Semasa 2 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 4 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad