web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Siap Siaga Hadapi Kemungkinan Kewujudan Penyakit X Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2023 12:35PM

Lukanisman Awang Sauni - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kesiapsiagaan tinggi menghadapi segala kemungkinan, berhubung kewujudan Penyakit X di negara ini, kata Timbalan Menterinya Lukanisman Awang Sauni.

Lukanisman berkata persediaan itu antaranya, berpandukan pengalaman menangani situasi pandemik COVID-19 termasuk beberapa penyakit lain seperti virus nipah, sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) sebelum ini, malah jelasnya penyakit berkenaan belum lagi dikenal pasti kewujudannya.

Beliau berkata KKM akan sentiasa membuat pemantauan berhubung sebarang perkembangannya di dalam dan luar negara, serta memperkukuhkan sistem kesihatan negara untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya berharap rakyat tidak bimbang dan maklumat mengenai sebarang penyebaran penyakit atau virus akan terus diuar-uarkan kepada umum,” katanya ketika ditemui selepas program ‘Lotus’s Ceria Charity Run’ di Setia Alam bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera hari ini.

Sementara itu Lukanisman berkata kempen Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang dilaksanakan pada September setiap tahun itu, merupakan antara inisiatif KKM mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat.

Beliau berkata penganjuran kempen itu juga bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antara rakan strategik khususnya melibatkan pihak swasta dan ia seiring dengan salah satu strategi dalam Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan di Parlimen Jun lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad