web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendakwaan Kemuka 13 Alasan Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Bebaskan Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2023 8:00PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dibebaskan daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi partinya berkaitan Projek Jana Wibawa. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan mengemukakan 13 alasan dalam petisyen rayuannya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Ogos lepas yang membebaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Bersatu berkaitan Projek Jana Wibawa.

Dalam petisyen rayuan difailkan pada 19 Sept lepas, pendakwa raya selaku pemohon antaranya mendakwa bahawa Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila melaksanakan kuasa sedia ada secara sewenang-wenangnya untuk membatalkan empat pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri selaku responden.

"Sedangkan kes ini bukan kes yang sesuai bagi mahkamah berbuat demikian dan satu pendakwaan telah dilakukan mengikut undang-undang," dakwa pendakwa raya dalam petisyen itu.

Pendakwa raya mendakwa bahawa hakim juga terkhilaf untuk membatalkan pertuduhan tersebut, sedangkan ia pramatang di peringkat ini untuk menghalang pihak pendakwaan daripada mengemukakan keterangan relevan dan boleh diterima semasa perbicaraan melalui saksi-saksi dan keterangan dokumentar bagi membuktikan kesnya.

"Hakim terkhilaf apabila melaksana kuasa sedia ada secara sewenang-wenangya untuk membatalkan pertuduhan terhadap responden, sedangkan permohonan responden merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah memandangkan ia pramatang dan perbicaraan masih belum dimulakan," dakwa pendakwa raya.

Pendakwa raya mendakwa bahawa hakim terkhilaf apabila pihaknya tidak menyatakan cara bagaimana responden menggunakan kedudukannya telah mengakibatkan pertuduhan yang dihadapi oleh responden adalah cacat.

"Sedangkan apa tidak dinyatakan oleh pihak pendakwaan bukannya satu perkara tidak dapat dipulihkan pada peringkat prosiding ini, memandangkan pihak pendakwaan masih boleh mengemukakan keterangan untuk mengenal pasti pelanggaran dan meminda pertuduhan pada mana-mana peringkat perbicaraan dengan kebenaran mahkamah," dakwa pendakwa raya.

Selain itu, pendakwa raya mendakwa bahawa hakim terkhilaf apabila memutuskan bahawa pihaknya tidak menyatakan butiran dalam pertuduhan telah mengelirukan responden.

"Walhal (persoalan) sama ada apa yang tidak dinyatakan (dalam pertuduhan) menyebabkan satu ketidakadilan hanya boleh ditentukan pada akhir kes perbicaraan, dengan mengambil kira keseluruhan keterangan yang dikemukakan di hadapan hakim bicara," dakwa pendakwa raya.

Pendakwa raya mendakwa bahawa hakim terkhilaf apabila melaksanakan kuasa sedia ada untuk membatalkan pertuduhan terhadap responden, sedangkan responden telah gagal untuk membuktikan bahawa pertuduhan terhadapnya adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika dihubungi pemberita mengesahkan mengenai petisyen rayuan itu.

Pada 15 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pagoh itu daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Bersatu berkaitan Projek Jana Wibawa selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan kemudian memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada hari sama (15 Ogos).

Pada 27 Sept lepas, Mahkamah Rayuan menetapkan 28 dan 29 Feb 2024 untuk pendengaran rayuan berkenaan.

Muhyiddin masih berdepan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta berkaitan Projek Jana Wibawa. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad