web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan Sukarelawan Polis Buat Komen Mengaibkan Di Facebook

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2023 7:09PM

Suspek dikatakan bertugas di Mersing. - gambar PDRM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang sukarelawan polis wanita malam tadi, selepas disyaki meninggalkan komen bersifat mengaibkan dalam satu hantaran di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) menerima laporan polis yang dibuat seorang pegawai kanan polis yang melayari laman sosial Facebook dan menemui satu hantaran ditularkan pada pukul 10.22 malam tadi.

"Terdapat satu komen dibuat seorang pemilik akaun yang merujuk kepada seseorang atau individu yang dipercayai bermotif mengaibkan dan keterlaluan,”  katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita yang membuat komen itu berkhidmat di Mersing dan semakan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah dihantar bagi siasatan lanjut ke atas pemilik akaun terbabit.

Polis kemudian menahan wanita berusia 39 tahun itu pada pukul 10.58 malam tadi di kawasan Endau, Mersing, katanya. 

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan media sosial agar tidak mengeluarkan ayat-ayat yang menghina sesiapa sehingga mendatangkan kegusaran masyarakat.

Terdahulu, tular satu hantaran di Facebook yang menjadi trend terkini bertanyakan mengenai apa yang terlintas di fikiran apabila menyebut tentang sesuatu nama.

Berdasarkan hantaran tular itu yang menanyakan tentang “Bila sebut Madani, apa yang terlintas di fikiran anda?”

Suspek kemudian dilihat meninggalkan komen bersifat mengaibkan yang dipercayai ditujukan kepada seseorang.

Bagaimanapun, komen itu dipercayai sudah dipadam. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad