web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Edar Ketamin, 3 Sekawan Berdepan Tali Gantung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2023 12:58PM

Mereka didakwa mengedar ketamin seberat 26,178 gram pada 9.15 malam, 20 September lepas - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Tiga sekawan dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengedar dadah jenis ketamin seberat lebih 26 kilogram minggu lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada M. Thinesh, 21; M. Viknewaran, 25; dan M.Thinesh Kumar, 26; selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.

Mereka didakwa mengedar  ketamin seberat 26,178 gram di tepi jalan susur keluar sebelah kanan stesen minyak Petron, Jalan Gopeng, Kampung Gunung Rapat, di sini pada 9.15 malam, 20 September lepas. 

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39 B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum bawah Seksyen 39 B (2) akta sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, boleh dihukum tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hidayu Zakaria manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam R R Segaran.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dan menetapkan 26 Dis depan tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, Polis Perak merampas dadah jenis ketamin dan methamphetamine bernilai RM1,561,040 dalam dua serbuan pada 20 Sept lepas.

Sehubungan itu, lima suspek berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun ditahan dalam serbuan berasingan yang dilakukan di Kampung Gunung Rapat dan Kampung Rapat di sini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar