web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Bulan Selepas Dilancar, ‘Mesin Gedegang’ Bantu Jana Pendapatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 9:41AM

'Mesin Gedegang' disediakan IPR berupaya membantu mengubah nasib pengusaha yang menyertai inisiatif berkenaan - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dilancarkan tujuh bulan lalu, Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) terus memberi manfaat kepada golongan memerlukan.

Mesin menjual (vending machine) misalnya, dilihat berupaya menjana pendapatan pengusaha, apatah lagi apabila diletakkan di lokasi strategik.

Berkongsi berita gembira itu di X, Syuhadah Azman berkata, dia berjaya menghasilkan RM2,669.28 selepas sebulan menguruskan mesin berkenaan.

Katanya, mesin berkenaan dilengkapi dengan sistem yang membolehkan pengendali melihat status dan jumlah stok makanan, bagi memudahkan ia ditambah setiap kali diperlukan.

“Yes.. setiap pembelian akan dia update..kalau makanan dah habis pon kita boleh tahu,” katanya menerusi bebenang.

Syuhadah berkata, setiap makanan dijual mengikut paras harga Rahmah iaitu di bawah RM5 setiap satu.

Ciapan Syuhadah itu turut menerima perhatian Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, yang mengulang ciap bebenang berkenaan.

“Tksih Sdri @Syuhazman96. Saya doakan rezeki terus murah dan lebih ramai kami dapat bantu melalui INSAN.

“Walaupun banyak yg perlekeh, ini wang hasil usaha peserta, bukan wang tunai yg diberikan oleh kerajaan,” katanya.

IPR dibarisi tiga kategori iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Mesin menjual berkenaan adalah antara kaedah yang disenaraikan di bawah INSAN.

Sementara itu, seorang netizen, Syed Jaymal Zahiid berkata, kualiti makanan dijual di mesin berkenaan setanding dengan apa yang terdapat di gerai atau kedai makan lain.

“Pengkritik kata mesin ini tak mampu membantu rakyat keluar dari garis kemiskinan. Apapun pada saya, mi goreng berharga RM4 ini enak rasanya.

“Jika saya kekurangan wang, saya akan membelinya lagi. Saya cuma kurang gemar dengan bekas plastik digunakan,” katanya.

Izaty Rosdi pula berkata, makanan dijual mesin itu amat berguna untuk mana-mana individu yang kesuntukan masa dan tidak berkesempatan untuk membeli atau menyediakan sarapan pagi.

Tengah site visit ternampak vending machine Inisiatif Pendapatan Rakyat oleh @KemEkonomi dekat station MRT Titiwangsa. 

“Tengah rushing pergi kerja, tak sempat beli breakfast bolehlah singgah beli makan. Murah, berbaloi,” katanya.

Seorang pengusaha, Amiruddin Ahmad memberitahu, makanan dijual dalam mesin itu tidak akan tertumpah kerana dibungkus dan dikendalikan dengan kemas.

“Nasi x tumpah ke kalau beli guna mesin ni? Tak abang kakak. Sebab ada lifter yang akan pickup makanan. 

“Memang mesin ni org panggil mesin gedegang, tapi dia xde bunyi gedegang sangat,” katanya. - Getaran, 25 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Perincian REE Perlu Penyusunan Bersepadu, Elak Dijual Dengan Murah - Rafizi

2

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Kos Sara Hidup Terus Jadi Tumpuan Kerajaan - Rafizi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengeluaran KWSP: Kerajaan Tidak Akan Laksana Pendekatan Populis

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Peruntukan RM750 Juta Bagi Program IPR Mencukupi - Rafizi

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad