web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Jumlah Mangsa Di Perak, Sabah, Sarawak Menurun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 9:20PM

Jumlah mangsa banjir semakin menurun malam ini berbanding pagi tadi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di tiga negeri yang terjejas dengan bencana itu menurun sedikit dengan  274 orang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berbanding 299 orang pagi tadi.

Di PERAK, jumlah mangsa yang terlibat dari Kampung Matang Tengah, daerah Kerian masih kekal seramai 38 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak setakat 7 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, dalam kenyataan, memaklumkan keadaan cuaca hujan di lokasi banjir ketika ini sudah berhenti namun masih mendung.

Katanya, laluan FT 147 Jalan Bagan Serai Cangkat Lobak masih ditutup akibat tanah runtuh dan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah untuk membuat perjalanan ke destinasi masing-masing.

Di SARAWAK, situasi banjir yang melanda daerah Limbang beransur pulih dengan hanya 12 mangsa daripada empat keluarga masih berada di PPS Dewan Serbaguna Buluh Balui setakat jam 8 malam ini berbanding 33 orang pagi tadi.

Menurut laporan Sekretariat JPBN Sarawak, mangsa terlibat adalah dari Kampung Buluh Balui, Kampung Batu Danau serta Kampung Pandak.

Di SABAH, mangsa banjir di Beaufort menurun kepada 224 mangsa daripada 70 keluarga malam ini berbanding 231 orang daripada 73 keluarga petang tadi.

Sekretariat JPBN Sabah, dalam kenyataan, memaklumkan kesemua mangsa banjir daripada lima kampung di Beaufort itu ditempatkan di PPS Dewan Selagon yang dibuka sejak semalam susulan banjir berikutan hujan lebat berterusan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad