web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persidangan Psikologi Lahirkan Penjawat Awam Berdaya Bingkas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 12:14PM

Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Ke-27 bertujuan memantapkan lagi perkhidmatan awam. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Ke-27 Tahun 2023 akan berlangsung di Shah Alam, Selangor minggu depan bagi membina daya bingkas penjawat awam dalam usaha memantapkan perkhidmatan awam.

Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dr Abdul Jalil Hassan berkata, daya bingkas adalah kemampuan atau keupayaan penjawat awam untuk terus bergerak, apabila berlaku sesuatu atau ketika menghadapi cabaran dan kesulitan dalam kehidupan mahupun pekerjaan.

“Keupayaan itu adalah kualiti penting yang perlu ada, memandangkan penjawat awam sentiasa menghadapi cabaran, tekanan dan situasi kompleks setiap hari.

“Mereka dipertanggungjawabkan untuk menjaga amanah rakyat dan memastikan kelancaran perkhidmatan awam. Bagi menzahirkan daya bingkas dalam kalangan penjawat awam, tumpuan harus diberikan kepada kesejahteraan mental, emosi dan fizikal mereka,” katanya kepada Bernama.

Dr Abdul Jalil berkata, beberapa komponen perlu diberi tumpuan sewajarnya, bagi membangunkan daya bingkas penjawat awam antaranya kesihatan mental, latihan dan pendidikan, kesihatan fizikal dan kecergasan, keseimbangan kerja dan kehidupan, teknik pengurusan tekanan, serta intervensi krisis dan debriefing bagi mencegah perkembangan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).

“Pentingnya membina daya bingkas penjawat awam bukan sahaja untuk kesejahteraan mereka, tetapi juga untuk komuniti mereka berkhidmat,” katanya.

Dr Abdul Jalil berkata, dengan memberi penumpuan kepada kesihatan mental, latihan, kecergasan fizikal, kepimpinan dan keseimbangan, akan membolehkan agensi memperkasa pegawai masing-masing untuk berkembang maju dalam penugasan mereka.

“Pegawai yang dilengkapi dengan kemahiran daya bingkas dapat menangani kesukaran, membuat keputusan yang tepat, sekali gus membawa kesan positif kepada perkhidmatan awam,” katanya.

Persidangan dua hari bermula 26 September itu, akan diadakan di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam, dengan bertemakan PRISMA yang membawa maksud Profesionalisme, Integriti, Sahsiah dan Amanah.

Seramai 500 peserta terdiri daripada pegawai psikologi, pengurus sumber manusia dan pegawai integriti dari pelbagai kementerian, jabatan, agensi, pegawai rakan pembimbing perkhidmatan awam (Akrab), ahli akademik serta pensyarah dari institusi pengajian tinggi awam akan menyertai persidangan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran