web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Ditetak Di Felda Sahabat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 8:03AM

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dengan kesan tetakan di kepala, leher serta tangan dipercayai dilakukan oleh rakan kepada bapa tiri mangsa di perumahan pekerja Felda Sahabat 50 dekat sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, ibu dan bapa tiri mangsa yang juga warga asing serta pekerja am ladang di Felda berkenaan keluar bekerja dan meninggalkan mangsa bersama suspek lelaki terbabit berumur 33 tahun.

"Mayat mangsa ditemukan berlumuran darah dan terdapat kesan tetakan objek tajam pada bahagian belakang kepala serta bahagian hadapan dan belakang leher selain putus tapak tangan kiri," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurut Rohan Shah, pihaknya kini giat mengesan suspek warga Indonesia, dikenali sebagai Paulus Poka Lolo berbangsa Timor dan pekerja am di ladang sama.

"Suspek telah menghilangkan diri selepas kejadian dan motif kejadian masih dalam siasatan, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Rohan Shah turut memohon kerjasama penduduk di sekitar Felda Sahabat untuk menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah ASP Kharuddin Hussain menerusi talian 013-9071709, bagi membantu mengesan suspek. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran