web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


13 Individu Dipanggil Bantu Siasatan Kes Pendakwah Terkenal – Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2023 7:58AM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media khas di Bukit Aman, semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan berkenaan dibuat, susulan terdapat dua laporan yang diterima pihaknya.

Siasatan membabitkan laporan seorang wanita yang dikenali sebagai Mondy Tatoo, yang mendakwa dirogol pendakwah terlibat dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, manakala laporan penafian yang dibuat pendakwah berkenaan terhadap dakwaan yang dibuat mangsa, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mohd Shuhaily turut menafikan dakwaan bahawa telefon bimbit Mondy dirampas polis, sebaliknya menegaskan ia diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada bagi membantu siasatan.

“Ada peruntukan undang-undang untuk (telefon) diambil untuk membantu siasatan, sebab polis hendak tengok kandungan sama ada selari atau tidak dengan apa yang dia kata. Nak tengok daripada segi masa kandungan dan sebagainya.

“Buat masa ini polis masih lagi menjalankan siasatan, mungkin perlu panggil beberapa saksi lagi untuk diambil kenyataan,” katanya.

Mohd Suhaily turut mengesahkan Mondy yang juga pempengaruh media sosial itu, masih berada di negara ini selain menjelaskan permohonan maaf yang dibuat seorang lelaki yang dipercayai bapa Mondy terhadap pendakwah itu baru-baru ini, tidak boleh diguna pakai dalam siasatan memandangkan ia dibuat di Indonesia dan tertakluk kepada bidang kuasa pentadbiran pihak berkuasa negara itu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Shuhaily memaklumkan polis berjaya menyelamatkan seorang warga asing yang diculik di Pulau Pinang baru-baru ini dan perincian penuh mengenainya akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin, hari ini.

“Saya juga hendak maklumkan kejayaan itu merupakan hasil kerjasama Polis Kontinjen Pulau Pinang, Selangor dan Bukit Aman,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad