web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kaedah Permanian Beradas Bantu Pembiakan, Tambah Spesies Harimau Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 6:54PM

Seekor Harimau Malaya yang mendapat rawatan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai, Tanjung Malim hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Kaedah artificial insemination (AI) atau permanian beradas adalah antara teknologi pembiakan yang sedang dilaksanakan terhadap populasi kritikal Harimau Malaya dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu. 

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia adalah antara program ex-situ di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai di sini bagi mengatasi masalah ketidakmampuan kaedah semula jadi dalam kalangan spesies berkenaan.

“Ia masih dalam peringkat percubaan, belum berhasil, mungkin ada beberapa masalah termasuk penyakit yang menjejaskan kemampuan harimau ini untuk membiak secara semula jadi sebab itu kita usahakan kaedah AI, kita harap spesies ini nanti mampu ditambah seperti disasarkan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke NWRC dekat sini, hari ini.

Terdahulu, Nik Nazmi mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan berangkat ke pusat berkenaan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berkenan menyertai Seri Paduka dalam lawatan itu yang bermula kira-kira 11.30 pagi.         

Dalam lawatan itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat oleh pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia mengenai operasi NWRC dan menyaksikan sendiri inisiatif konservasi hidupan liar di pusat itu termasuk Harimau Malaya, beruang matahari, tapir dan seladang.

Sebelum ini, Perhilitan menyasarkan untuk meningkatkan 400 ekor populasi Harimau Malaya di negara ini dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, kementeriannya mengambil perhatian berkenaan ancaman kepupusan spesies hidupan liar terancam lain seperti seperti Gajah Asia, tapir, Beruang Matahari dan seladang.

Katanya, untuk menangani isu berkenaan, kementerian melalui Perhilitan sudah mewujudkan pusat-pusat konservasi seperti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Pusat Konservasi Harimau Malaya, kedua-duanya di Lanchang, Pahang.

"Selain itu, ia dilaksanakan melalui Pusat Konservasi Tapir di Kenaboi, Negeri Sembilan dan Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sg Dusun yang juga ditubuhkan khusus untuk konservasi tapir dan bagi seladang ia dilaksanakan di Sungkai dan PKHL Jenderak Selatan di Pahang,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad