web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perbelanjaan Pelancongan Domestik Cecah RM59.2 Bilion Tahun Lepas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2023 8:10PM

Pelancongan domestik mencatatkan prestasi memberangsangkan tahun lalu, berbanding pada 2021 - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2022 apabila merekodkan  lonjakan dalam jumlah perbelanjaan kepada RM59.2 bilion daripada RM17.5 bilion pada 2021, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Laporan DOSM itu adalah berdasarkan Akaun Satelit Pelancongan (ASP) yang dikeluarkan hari ini dan ASP merupakan suatu kerangka statistik untuk mengukur perkembangan industri pelancongan serta  sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan perbelanjaan pelancongan domestik pada 2022 menunjukkan peningkatan ketara dalam tiga komponen utama iaitu membeli-belah sebanyak 42.1 peratus, makanan dan minuman 16.4 peratus dan bahan api kenderaan (14.9 peratus).

Bagi perbelanjaan pelancongan antarabangsa, beliau dalam kenyataan hari ini berkata ia turut menunjukkan peningkatan signifikan iaitu sebanyak RM33.4 bilion berbanding RM0.5 bilion pada 2021.

"Prestasi yang memberangsangkan itu adalah susulan pembukaan semula sempadan negara kepada pelancong antarabangsa pada 1 April 2022, penghapusan keperluan kuarantin dan ujian saringan COVID-19 ketika tiba di Malaysia mulai 1 Ogos 2022," katanya.

Mohd Uzir berkata perjalanan ke luar negara turut mencatatkan impak ketara dengan perbelanjaan sebanyak RM22.5 bilion pada 2022 berbanding RM10.5 bilion pada tahun sebelumnya, iaitu  peningkatan sebanyak 114.6 peratus.

Bagi 2022, beliau berkata industri pelancongan menyumbang 23.4 peratus kepada keseluruhan guna tenaga dengan 3.61 juta orang bekerja berbanding 3.52 juta orang pada 2021.

Dari segi sumbangan sektor pelancongan kepada KDNK, Mohd Uzir berkata ia menyumbang 14 peratus atau RM251.5 bilion pada 2022 berbanding 12.8 peratus atau RM198.5 bilion pada tahun sebelumnya, dengan merekodkan pertumbuhan sebanyak 26.7 peratus.

Katanya KDNK Pelancongan Langsung pada 2022 meningkat kepada RM47.9 bilion daripada RM11.6 bilion pada tahun sebelumnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jumlah Penduduk Malaysia Meningkat 2.3 Peratus, 34 Juta Untuk Suku Pertama 2024

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Rekod RM23.8 Bilion

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad