web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terlepas Tali Gantung, 3 Lelaki Dipenjara 15 Tahun Miliki Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2023 6:17PM

Ketiga-tiga tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tiga lelaki termasuk dua warga asing terselamat daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengurangkan hukuman daripada mengedar sembilan kilogram dadah jenis methamphetamine kepada memiliki bahan terlarang itu.

K. Dinakaran, 43, bersama warga Bangladesh, Asraful Alam, 28, dan rakyat India, Arivazhagan Murugesan, 50, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan rotan.

Mereka diarah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 13 Ogos 2016.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk S.M. Komathy Suppiah mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka oleh Mahkamah Tinggi selepas memutuskan sabitan itu tidak selamat.

Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Hadhariah berkata pertuduhan terhadap ketiga-tiga lelaki itu cacat kerana tuduhan dinyatakan sebagai pengedaran menerusi pembuatan sedangkan ia sepatutnya dinyatakan sebagai penyediaan untuk membuat dadah.

Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi juga gagal untuk memberi arahan kepada tertuduh di akhir kes pendakwaan sama ada terdapat pemilikan sebenar atau dianggap pemilikan untuk mereka menyediakan pembelaan.

Beliau juga berkata penggunaan adverse inference adalah terletak atas budi bicara mahkamah dan terpakai selepas pendakwaan gagal memanggil atau menawarkan saksi utama kepada pihak pembelaan.

Hakim Hadhariah berkata mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk mengurangkan pertuduhan itu kepada memiliki dadah.

Dinakaran, yang merupakan pekerja rencam, Asraful, bekas pelajar dan Arivazhagan, seorang buruh kemudian mengaku bersalah terhadap terhadap pertuduhan itu.

Pada 2019, Mahkamah Tinggi mendapati mereka bersalah mengedar 9,179.34 gram methamphetamine di sebuah rumah di Jalan 3, Ampang, Selangor pada 12 tengah hari pada 13 Ogos 2016.

Peguam mereka, Afifuddin Ahmad Hafifi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 10 dan 15 tahun tetapi Timbalan Pendakwa Raya Solehah Noratikah Ismail mencadangkan hukuman penjara antara 18 dan 20 tahun berdasarkan berat dadah itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran