web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Pekerja Kilang Sesak Nafas Gas Ammonia Bocor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2023 4:26PM

Bau gas ammonia yang bocor itu dapat dihidu dari jarak 30 hingga 90 meter - gambar Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua pekerja kilang mengalami sesak nafas akibat kebocoran gas ammonia di sebuah kilang membuat ais di Simpang Pulai di sini hari ini.

Pegawai Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Akmar Hisham Basor berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada 5.11 pagi.

“Pegawai serta anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai serta Pasir Putih digegaskan lokasi kejadian.

“Penyelia kilang melaporkan paip saluran gas ammonia mengalami kebocoran dan bau daripada bahan itu dapat dihidu dari jarak kira-kira 30 hingga 90 meter,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kedua-dua mangsa yang merupakan lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 33 tahun yang bekerja di kilang bersebelahan, dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 8.40 pagi dan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata pasukan bomba membuat penelitian dan memasang ‘water curtain’ lalu memasuki kawasan terlibat bagi menutup kebocoran pada bahagian tangki dan operasi terkawal pada 10 pagi.

“Pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan tiada risiko di lokasi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 6.40 pagi.

Beliau berkata pasukan Hazmat masih menjalankan operasi pembersihan di tempat kejadian.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berasa gusar kerana keadaan terkawal dan tiada risiko keselamatan kesihatan kepada penduduk setempat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad