web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usaha Kolektif ASEAN, China Perlu Fokus Kepada Keamanan Serantau, Kestabilan, Kemakmuran – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 12:17PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di China untuk menghadiri Ekspo China-ASEAN ke-20 (CAEXPO) 2023 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) di Nanning. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NANNING - Usaha kolektif ASEAN dan China mesti memberi tumpuan kepada keamanan serantau, kestabilan, kemakmuran, dan memupuk hubungan perdagangan dua hala dan pelbagai hala, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini perlu dalam menghadapi cabaran pasca wabak, ketegangan geopolitik, dan pelbagai faktor ketidakstabilan lain,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata ASEAN akan kekal sebagai salah satu wilayah yang paling pesat berkembang pada 2023, dan adalah penting bagi ASEAN dan China untuk mempelbagaikan strategi perdagangan dan pelaburan mereka semasa dunia semakin maju.

“Walaupun menghadapi cabaran ekonomi global, ASEAN kekal sebagai destinasi menarik bagi pelaburan antarabangsa, mencatat pertumbuhan ekonomi 5.5 peratus pada 2022, dengan 4.6 peratus (pertumbuhan) diunjurkan untuk 2023.

“Trajektori ini meletakkan ASEAN jauh di atas purata global, sebagaimana yang diunjurkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 3.5 peratus untuk 2022, dan tiga peratus bagi 2023 dan 2024,” katanya dalam ucapan perasmiannya Ekspo China-ASEAN ke-20 (CAEXPO) 2023 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) di sini, hari ini.

Di awal ucapannya Perdana Menteri sempat menyampaikan ucap selamat kepada para hadirin dengan menggunakan bahasa Cina dengan kata-kata berbunyi ‘ge wei lai bin da jia hao’.

Anwar turut menggesa ASEAN dan China mempergiatkan kerjasama dalam ekonomi digital bagi memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) untuk berkembang maju dalam era digital ini.

Beliau berkata PKS menyumbang 85 peratus kepada peluang pekerjaan, 44.8 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan 18 peratus kepada eksport negara dalam negara-negara ASEAN.

“Oleh itu, peranan mereka dalam menyumbang kepada aktiviti nilai tambah, inovasi dan pertumbuhan inklusif tidak boleh diperkecilkan,” katanya.

Merujuk kepada Rangka Kerja Pemulihan Ekonomi ASEAN, beliau berkata rangka kerja itu menggariskan kepentingan ketersambungan rantaian bekalan tanpa gangguan, di samping memudahkan penyaluran barangan serta perkhidmatan penting dengan menghapuskan halangan perdagangan.

"Dengan infrastruktur yang mantap, saya yakin aktiviti perdagangan yang berterusan akan menjadi lancar, sekali gus menyumbang kepada pemulihan ekonomi serantau,” katanya.

Mengenai inisiatif Jalur dan Laluan China (BRI), Anwar berkata Malaysia sebagai penyokong awal, membayangkan inisiatif ini boleh menjadi pintu masuk kepada suatu ketersambungan baharu, dan peluang pertumbuhan merentasi Asia Tenggara, Asia Pasifik, Afrika, serta Eropah Tengah dan Timur.

Dengan merujuk kepada Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dan China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP) yang dibangunkan di bawah konsep "Dua Negara, Taman Berkembar", Perdana Menteri berkata taman-taman itu adalah contoh projek-projek BRI yang boleh dibangunkan.

“Kami amat menghargai sokongan tidak berbelah bahagi China, terutamanya dalam memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada kemakmuran bersama,” katanya.

Mengenai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), beliau berkata ia adalah bukti komitmen ASEAN dan China terhadap integrasi ekonomi, memastikan daya tahan rantaian bekalan dan keterbukaan pasaran dalam menghadapi cabaran global.

Menyentuh mengenai CAEXPO, Anwar berkata sepanjang 19 edisi CAEXPO yang lepas, syarikat Malaysia telah mencapai hasil yang membanggakan di pasaran China dan ASEAN.

Beliau optimis CAEXPO akan terus berfungsi sebagai pemangkin untuk perniagaan Malaysia, memupuk kerjasama perdagangan, dan merangsang pemulihan ekonomi, kerana menurutnya platform ini bukan sahaja bertindak sebagai satu cara untuk melebarkan rangkaian perniagaan, tetapi juga sebagai hab untuk kerjasama inovatif dan usaha niaga keusahawanan.

“Dalam melihat kepada masa depan, Malaysia yakin bahawa hubungan perdagangan dan ekonomi dengan China hanya akan bertambah kukuh melalui pelbagai inisiatif strategik.

“Semasa kita melangkah untuk memulakan kerjasama yang dipertingkatkan ini, marilah kita merebut peluang perniagaan yang luas di CAEXPO 2023 untuk meneroka dan memupuk hubungan baharu serta mempercepatkan kemajuan secara menyeluruh,” katanya.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran