web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKD Hasrat Jadikan Program Keretapi Sarong Aktiviti Bulan Kebangsaan – Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 8:16AM

Orang ramai yang menyaksikan persembahan ketika acara Keretapi Sarong 2023, semalam. KKD berhasrat menjadikan ia sebagai antara aktiviti Bulan Kebangsaan tahun hadapan. - gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhasrat menjadikan  program “flash mob” atau persembahan kilat berkumpulan Keretapi Sarong sebagai antara aktiviti sempena Bulan Kebangsaan tahun hadapan.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata ia berikutan program berkenaan yang berlangsung hari ini telah mendapat sambutan memberangsangkan dengan kehadiran 10,000 peserta terdiri daripada pelbagai kaum dan usia.

“Terlintas di fikiran saya mungkin nanti akan berbincang dengan pihak penganjur untuk memasukkan ia (Keretapi Sarong) sebagai sebahagian aktiviti dalam kalendar sambutan Bulan Kebangsaan selepas ini.

Saya berharap tahun depan kita dapat merencanakan lebih banyak program di peringkat Bulan Kebangsaan supaya ia tidak hanya melibatkan kibar Jalur Gemilang sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan di sini malam tadi. 

Pasangan suami isteri Lai Joo Lian, 70, dan John Roland Goh, 71, yang turut menyertai program Keretapi Sarong 2023 semalam. - gambar BERNAMA
Pasangan suami isteri Lai Joo Lian, 70, dan John Roland Goh, 71, yang turut menyertai program Keretapi Sarong 2023 semalam. - gambar BERNAMA

Keretapi Sarong 2023 (KS 2023) yang bertemakan “Etnik dan Perpaduan” bertujuan menyemai semangat cintakan negara walaupun dalam kepelbagaian sempena sambutan Hari Malaysia.

Ia merupakan program anjuran LOCCO iaitu organisasi yang membantu mempromosikan aktiviti kebudayaan menerusi penganjuran Keretapi Sarong sejak 2017.

Pada tahun ini, ia berlangsung serentak di lima bandar utama seperti Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Kota Bharu (LaRocka Park), Ipoh (KTMB Ipoh) dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta di Battersea Power Station (London, United Kingdom). - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad