web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Pesawat: Juruterbang ‘Fit To Fly’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 12:05PM

Nahas pesawat Beechcraft 390 Premier 1 di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas meragut 10 nyawa termasuk dua pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu ketika kejaidan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan nahas kapal terbang di Lebuhraya Guthrie berdekatan Elmina bulan lalu mengesahkan bahawa juruterbang pesawat tersebut berada dalam keadaan bersedia atau 'fit to fly'.

Menurut laporan 60 halaman tersebut, juruterbang dan juga pembantu juruterbang berada dalam keadaan baik sehari sebelum mengendalikan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1).

"Berdasarkan keterangan saksi, PIC (juruterbang) dilaporkan berada dalam keadaan baik pada malam sebelum kemalangan itu.

“Saksi itu juga berkata bahawa PIC mendapat rehat yang cukup sebelum penerbangan berlepas dari Langkawi,” katanya.

Laporan yang dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan sejak pagi tadi turut mendedahkan, kedua-dua orang yang bertanggungjawab ke atas pesawat berkenaan memegang sijil perubatan yang sah dari FAA (Pentadbiran Penerbangan Persekutuan) dan juga Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

"Semakan Sijil Perubatan dan sokongan dokumentasi menunjukkan bahawa PIC dan SIC (pembantu juruterbang) melaporkan tiada masalah kesihatan ketara yang membimbangkan dan pemeriksa perubatan yang ditetapkan (DME) yang menjalankan ujian mengenal pasti tiada masalah pada pemeriksaan fizikal.

"Berdasarkan sejarah dan pemeriksaan fizikal yang ada, juruterbang ini tidak mempunyai keadaan kesihatan yang diketahui yang boleh menimbulkan bahaya besar kepada keselamatan penerbangan," memetik laporan itu lagi.

Laporan awal itu juga menyebut, pesawat terbabit disahkan mempunyai sijil kelayakan penerbangan yang sah dan diselenggara mengikut jadual dan peraturan ditetapkan.

Ia mendedahkan bahawa, walaupun pesawat memenuhi segala syarat ditetapkan dan berkeupayaan untuk terbang, ia tidak dapat diselamatkan ekoran magnitud daya nyahpecutan (deceleration force) dan juga kebakaran yang berlaku sebaik sahaja terhempas.

"Tiada bukti ketidakupayaan atau faktor fisiologi yang menjejaskan prestasi kru penerbangan.

"Pesawat itu juga mempunyai lesen dan layak untuk melakukan penerbangan mengikut peraturan sedia ada.

"Kejadian berlaku pada waktu siang dengan penglihatan yang jelas dan keadaan meteorologi yang baik dengan jarak penglihatan 10 kilometer," kata laporan itu lagi.

Antara sisa nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas. - gambar fail
Antara sisa nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas. - gambar fail



Laporan awal nahas pesawat yang mengorbankan 10 nyawa itu dimuat naik di laman sesawang kementerian berkenaan pada jam 10 pagi hari ini.

Laporan berkenaan boleh diakses orang awam bagi mendedahkan punca kemalangan tersebut hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara. – Getaran, 15 September 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad