web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Fasa 2 Di KL Bermula Jumaat 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 8:27PM

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Fasa 2 pada waktu puncak membabitkan 16 lokasi di sekitar ibu negara selama dua minggu bermula Jumaat ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata operasi bersepadu siri kedua itu dilaksanakan susulan maklum balas positif orang ramai sebelum ini terhadap kepatuhan peraturan jalan raya pada siri pertama bermula 1 hingga 31 Julai lalu.

"Seperti mana (yang) saya selalu nyatakan selain daripada kita mahu Kuala Lumpur ini selamat, kita juga mahu mereka patuh kepada peraturan seperti parkir, lampu isyarat, isyarat lalu lintas dan sebagainya.

"Jadi, itulah objektif kita supaya kehidupan di Kuala Lumpur ini lebih teratur dan tiada halangan atau pun sekatan khususnya pada waktu puncak," katanya pada sidang media mengenai operasi itu, di sini, hari ini.

Allaudeen berkata pelaksanaan operasi kedua ini membabitkan 16 persimpangan antaranya, Persimpangan Jalan Tun Razak / Jalan Ampang, Persimpangan Jalan Tun Razak / Jalan Semarak, Persimpangan Jalan Raja Laut / Jalan Sultan Ismail, Persimpangan Jalan Bukit Bintang / Jalan Raja Chulan dan Persimpangan Jalan Imbi / Jalan Sultan Ismail. 

Katanya, selain polis, operasi bersepadu itu turut membabitkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Alam Sekitar dengan kekuatan 1,000 anggota dan pegawai. - BERNAMA

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Semasa 32 minit yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad