web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lesen Tamat Tempoh, Tiada Insurans Punca Motosikal Pekerja P-hailing Disita

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 7:50PM

Tangkap layar daripada klip video seorang penunggang p-hailing yang terpaksa berjalan kaki meninggalkan kawasan sekatan jalan raya selepas motosikalnya disita pihak berkuasa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyita sebuah motosikal pekerja p-hailing semalam seperti yang tular di media sosial adalah berikutan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans.

JPJ negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia juga dilakukan bertujuan menjaga keselamatan penunggang tersebut dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.

“Unit Operasi JPJ Negeri Sembilan telah mengadakan Operasi Statik di Jalan Persiaran Negeri, Nilai dekat sini semalam bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.

“Sepanjang penguatkuasaan tersebut, pelbagai kesalahan telah dikesan dan diambil tindakan termasuk motosikal yang ditunggang oleh penghantar makanan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, JPJ sentiasa memandang serius terhadap setiap kesalahan dan individu yang mengabaikan undang-undang atau peraturan, selain akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain.

Tular sejak semalam video memaparkan anggota penguat kuasa JPJ menyita sebuah motosikal pekerja p-hailing menyebabkan penunggang tersebut terpaksa berjalan kaki meninggalkan kawasan sekatan jalan raya itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 27 minit yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar