web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Mahu Malaysia Jadi Negara Terunggul

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 6:07PM

Anwar pada sesi khas 'A Conversation with Prime Minister of Malaysia' di Singapura. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi visi agar Malaysia memperoleh semula status yang dicapainya pada 1990-an dan menjadi sebuah negara unggul di rantau ini - dari segi ekonomi, politik, tadbir urus yang baik, dan sebagai contoh masyarakat majmuk berbilang kaum.

Berucap di Milken Institute Asia Summit 2023 di Singapura pada Rabu, Perdana Menteri berkata berdasarkan senario semasa dan pasukan yang ada, beliau optimis bahawa matlamat itu boleh dicapai.

"Kita harus mempercepatkan proses dan mempercepatkan reformasi yang kita janjikan kepada negara," katanya semasa sesi khas yang bertajuk 'A Conversation with Prime Minister of Malaysia' yang disiarkan secara langsung dalam talian.

Anwar membayangkan Malaysia akan berkembang sebagai contoh masyarakat pelbagai kaum yang menghayati nilai kemanusiaan dan belas kasihan.

Bagaimanapun, beliau berkata ia bergantung kepada keupayaan kerajaan untuk mentadbir dengan adil dan saksama.

"Apa sahaja masalah yang perlu kita hadapi buat masa ini, dengan gelombang perkauman dan ketaksuban agama, saya percaya ia hanya menunggu masa. Dengan keyakinan, ketekunan, dan matlamat yang jelas, kita akan dapat membawa Malaysia ke hadapan," katanya.

Apabila ditanya mengenai ketidakstabilan politik yang membimbangkan pelabur luar, Anwar menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai majoriti kuat di Parlimen, sekali gus menafikan tanggapan mengenai ketidakstabilan politik di negara ini.

Beliau percaya bahawa dengan dasar-dasar ekonomi yang tepat dan jelas, Malaysia boleh mencapai prestasi lebih baik berbanding 1990-an, berkat komitmen kerajaan terhadap tadbir urus yang baik, elemen yang sering kali tiada di kebanyakan negara-negara membangun. - BERNAMA

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad